topbella

Monday 24 April 2017

Journey as a HO: Riding a roller coaster in Paediatric Dept

Bila berpindah daripada satu department ke department yang lain, memang akan rasa tersangat janggal. Bermula balik sesi tagging 2 minggu yang memenatkan. Alhamdulillah..aku semakin dapat membiasakan diri dengan cara kerja seorang HO setelah 4 bulan berhempas pulas di Medical Department.

Paediatric dept seperti sebuah dunia baru. Dunia medical yang berbeza dengan orang dewasa. Penyakitnya juga berbeza-beza mengikut tahap umur. Itulah cabaran yang utama apabila aku masuk ke dept ini. Tiada lagi ACS (acute coronary syndrome). DKA dan AEBA masih sama cuma management sedikit berbeza.

Perkara yang paling menguji kesabaran adalah apabila untuk mengambil darah atau memasang branula. Bukan setakat bersabar dengan  kerenah kanak-kanak saja, bahkan kerenah ibu bapa juga sangat menguji kesabaran. Terutamanya dengan ibu bapa yang overprotective.
"Saya tak nak HO yang pasang branula. Tolong panggil MO".
"Habis tangan anak saya kena cucuk tapi darah tak dapat-dapat pun. Baik saya bawak pergi private."
Bermacam-macam lagi ragam mereka yang perlu para HO hadapi setiap hari.

Bukan niat kami untuk cucuk banyak kali. Tapi kalau dah tangan chubby mcm roti, line langsung tak nampak, anak pulak asyik melawan mintaj dilepaskan, sememangnya akan susah untuk masukkan branula. Kadang-kadang MO pun bertungkus lumus mencari line yang sesuai. Kami para HO hanya dibenarkan 2 cubaan. Kalau tak dapat terus panggil MO.

Paling mencabar dengan baby jaundice under phototherapy. Setiap hari kena amek darah. Kalau yang doublephoto, setiap 6 jam kena cucuk. Kesian sangat. Sampai biru tangan tapi apakan daya. Kami hanya menjalankan tugas dan ingin membantu baby tersebut. Harapnya ibu bapa faham la..

Kalau dalam medical ada BLS (Basic Life Support), dalam paediatric ada NRP (Neonatal Resuscitation Programme). Masa tu akan diajar macam mana nak resus paediatric patient terutamanya neonate/ neowborn yang baru lahir. Baby yang lahir dengan low Apgar score. Bila dah ada knowledge, baru boleh standby di OT kalau ada fetal distress. 

Walaupun kadang- kadang sukar untuk melayan kerenah kanak- kanak tetapi apabila berada di sini, ada ketikanya kanak- kanak ini mampu membuatkan kita tersenyum setelah seharian penat bekerja.
"Terima kasih doktor." 
"Adik nak doktor ni. Doktor ni baik. Cucuk tak sakit."
Dan macam- macam lagi pujian yang mampu membuatkan seseorang tersenyum.
Pokok pangkalnya haruslah jujur dan ikhlas dalam bekerja.

Jangan dilepaskan kemarahan kepada kanak- kanak tersebut. Mereka tidak pandai menipu. Setiap apa yang kita lakukan kepada mereka akan disampaikan kepada ibu bapa mereka.

💐Tips💐

✔ Jangan lepaskan kemarahan kepada kanak-kanak. Cuba ambil hati mereka. InshaAllah akan berjaya

✔ Paediatric patients easily deteriorate. If anything abnormal, immediately inform MO. 

✔ Kalau tak berjaya nak ambil darah atau masukkan branula, minta tolong dengan staff nurse yang senior. Mereka lagi hebat berbanding kita. Jangan sesekali bersikap bodoh sombong.

✔ Jika berhadapan dengan ibu bapa yang overprotective, cuba terangkan sebaik mungkin apa yang kita lakukan. Jangan mudah melenting. Bersabar dan cuba bersikap rasional. 🤓

Apa-apapun, enjoy your posting and try to gain as much knowledge  and skills as you can. Maybe it can be a training for those who are  mother or father to be..🤗

Next posting: Surgical department, the biggest challenge 

No comments:

Post a Comment

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)