topbella

Friday 25 September 2015

Aku, doktor & depression

My schedule for September 2015. A call (6.30am- 5pm),
B call (6.30am- 10pm), C call (6.30am- 5pm then 10pm- 1pm next day)
Sekian lama aku tidak menulis di sini. Kekangan masa membuatkan aku terpaksa berkorban masa luangku untuk menulis di sini.
Sekarang, aku berada di department paediatric. Merawat & bermain dengan kanak- kanak kadang- kadang dapat merawat keletihan dek kerana sibuk bekerja. Anak- anak kecil itu mampu membuatkan aku tersenyum tatkala melihat kerenah mereka. Terutamanya, anak kecil yang baru sahaja dilahirkan ke dunia ini.
Namun, sejak kebelakangan ini, aku menghadapi sedikit masalah kemurungan (depression). Inilah kali pertama aku menghadapi masalah ini setelah hampir 6 bulan aku bekerja. Pada mulanya, aku tidak menyedari perkara tersebut. Tanda- tanda kemurungan satu persatu mula menguasai diriku. Bermula dengan emosi yang tidak stabil (mudah menangis walaupun tanpa diduga), diikuti dengan keletihan, tiada semangat untuk bekerja, tidak ceria & sering menyendiri. Semua symptom ini disedari oleh orang sekelilingku berbanding diriku sendiri.
Mungkin kerana jadual kerjaku yang agak penuh untuk bulan ini, aku mula rasa tertekan. Aku cuba untuk mendapatkan kunseling daripada mereka yang pakar, namun aku dimaklumkan sekiranya, namaku berada dalam senarai PSY, namaku akan sampai ke pihak KKM. Itu sebolehnya ingin aku elakkan. Jadi, aku pendamkan masalahku tanpa diceritakan kepada sesiapa.
Namun, aku punya seorang kawan yang sangat prihatin dengan diriku. Dia mula menyedari perubahan diriku. Dia menghubungiku melalui whatsapp dan aku menceritakan masalah yang aku hadapi. Dia sangat takut bila mana aku nyatakan bahawa aku mula rasa tertekan dan sedih. Rupanya, dia punya kisah silam sendiri. 2 orang kawan baiknya kecundang tatkala bertarung dengan depression. Seorang kini berada di pusat psychiatric dan seorang lagi telah mengambil nyawanya sendiri. Terkedu aku mendengarnya. Aku tidaklah terfikir sehingga ke tahap itu kerana aku punya pegangan agama dan masih boleh berfikir dengan waras. Luahan perasaanku kepada seorang kawan yang sedia mendengar itu sedikit sebanyak mengurangakan bebanan fikiranku.
Kini, aku masih dalam proses pemulihan. Aku kuatkan semangat & katakan pada diri bahawa aku mampu untuk melawan perasaan kemurungan ini. Senyuman yang aku lakarkan di bibir ini adalah sekadar untuk menutup perasaan sebenar dalan diriku. Namun, aku berharap suatu hari nanti, aku mampu lakarkan senyuman yang ikhlas datang dari hati.
My dear friend,

Thank you for being there for me. You help me a lot in order for me to overcome this strange feeling. I know you also have your own problems but you still spend your time listening to my problem. Thank you..thank you. I just want you to know that I am thankful to have  a friend like you