topbella

Friday 26 June 2015

Denggi oh denggi

Hari ini aku ditugaskan sebagai B call. Bererti aku harus bekerja daripada pukul 7 pagi 10 malam (hakikatnya, perlu datang lebih awal dan balik ke rumah lebih lambat😅). Selepas jam 5 ptg, apabila kesemua rakan-rakan HO ku pulang, aku perlu melaksanakan kesemua tugasan yang masih pending. Perlu clerk case baru dan yang paling penting perlu diambil darah pesakit denggi pada jam 6 petang untuk night review.

Sebelum Dr. Aiman, rakan HO ku yang bertanggungjawab menjaga cubicle denggi pulang, dia meninggalkan satu kes denggi untuk aku selesaikan.
"Jiha, ni ada 1 kes denggi. KIV discharge PM if lactate ok. This morning, lactate dia 1.9. Petang baru perasan value lactate tu dan MO takut nak discharge patient tu. Tapi patient tu beria nak balik. Aku dah ambik lactate dia petang ni. Nanti hang trace pastu inform MO." Panjang lebar penjelasan Dr. Aiman kepadaku. Begitulah situasinya bila passover berlaku.

Aku membuka file pesakit tersebut.

24/ Malay/ lady
P/w fever for 3 days, high grade,
a/w chills & rigor,  vomiting, diarrhea & lethargy.
Oherwise, no bleeding tendencies or rash.
From dengue endemic area.
Denied any h/o travelling/ swimming in the river/ jungle trekking.

Aku membuka investigation chart pesakit tersebut.
Bacaan FBC jam 2 petang:
Hb: 11.3
Hct: 39.4
TWC: 3.1
Plt: 68
Lactate: 1.9

Latest impression: Dengue fever without warning signs, day 7 of illness, 40hours in   defervescence phase, hemodynamically stable.

Ketika aku sibuk mengkaji kes tersebut di kaunter, telefon ward di hadapanku berbunyi.
"Hello, boleh saya bercakap dengan Dr. Aiman?" Kedengaran suara seorang wanita di hujung talian.
"Hello, Dr. Aiman dah balik. Dr. Najihah di sini. Ada apa- apa yang boleh saya tolong?"
"Owh, Dr. Najihah. Tadi Dr. Aiman ada hantar sample darah untuk lactate. Tapi malangnya form saja yang ada. Sample tak ada. Saya dah cari dalam cool box pun tak ada."
Terkesima aku mendengar penjelasan pegawai makmal tersebut😱.
"Takpela kak. Saya cari dulu dalam cool box di ward. Nanti saya bagitau kak."
Aku matikan talian telefon dan terus bergegas memeriksa 3 coolbox ward. Semuanya kosong. Aku turun pula ke makmal untuk mencari kalau- kalau ketemu.
Namun, tak berhasil. Penyelesaian terakhir adalah dengan mengambil semula darah pesakit tersebut.

Apabila sampai di ward, staff nurse ada memaklumkan kepadaku yang suami pesakit sudah tak sabar menunggu. Katanya petang dah boleh balik tapi sampai sekarang masih belum diberitahu sebarang keputusan.
Dalam situasi sebegini, jika diberitahu yang sample darah yang diambil tadi telah hilang dan perlu diambil lain serta perlu menunggu lebih lama, pasti si suami akan naik angin.

Dalam hati aku berdoa, "Ya Allah, Engkau lancarkanlah lidahku dan lembutkanlah hati mereka agar urusanku dapat dipermudahkan. Amin"

"Akak, saya nak kena ambil darah akak lagi sekali sebelum balik." Aku memulakan perbualan.
"Ni kenapa nak kena ambil darah lagi sekali? Tadi kan dah ambil. Saya tunggu dah berjam-jam dari tadi. Kata petang ni dah boleh balik😡." Seperti yang ku jangka. Bom atom telahpun meletus.
"Encik, saya mohon maaf sangat-sangat. Darah yang kawan saya ambil tadi hilang di makmal. Saya perlu sangat ambil darah isteri encik untuk tengok kadar keasidan dalam badan bilamana badan kekurangan oksigen. Untuk pesakit denggi, memang sangat berbahaya kalau badan kekurangan oksigen." Aku cuba memberi penjelasan dengan harapan si suami akan memahami.

Namun, apa yang aku harapkan tidak tercapai. Si suami masih enggan untuk memberikan kebenaran untuk aku mengambil darah isterinya. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Hampir 15 minit aku cuba bertoleransi dengan mereka. Akhirnya, tahap kesabaranku mula goyah memandangkan masih banyak urusanku yang tergendala dek kerana melayan kerenah mereka.

"Encik, macam ni lah. Kalau dari tadi, saya ambil darah isteri encik dan hantar ke makmal, mungkin sekarang mereka dah mula memproses dan keputusan akan dapat tak lama lagi. Tapi encik lengahkan masa tersebut dan semakin dilengahkan semakin lambat encik dan isteri dapat keluar dari sini.😡" Aku cuba mengawal nada suaraku meskipun hatiku mula mendidih menahan perasaan geram.

Setelah dipujuk untuk kesekian kalinya, si isteri bersetuju meskipun si suami masih kelihatan enggan untuk bekerjasama. Darah diambil dan sample dihantar olehku sendiri ke makmal. Sementara menunggu keputusan lactate tersebut, aku cuba menyelesaikan sebanyak mungkin urusanku yang tergendala.

Setengah jam berlalu. Si suami mula mundar mandir di hadapan kaunter untuk mengetahui keputusan darah tersebut. Aku ke wad sebelah untuk trace result lactate yang diambil.

Lactate: 1.8

Alamak!!! Turun cuma 0.1. Macam mana ni? Dengan keputusan macam ni, memang sepatutnya kena tahan di wad lagi ni. Tapi si suami tetap bertegas untuk balik.
Aku maklumkan kepada MO oncall. Kerana tidak tahan dengan kerenah mereka, MO terpaksa memberi AOR (at own risk) discharge kepada mereka. Bermaksud, sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku, pihak hospital tidak akan bertanggungjawab. TCA diberi untuk datang ke wad dalam tempoh seminggu untuk review FBC/RP/ LFT.

Namun, ketika hari TCA, mereka tidak muncul di wad. Aku sendiri tidak mengetahui bagaimana keadaan pesakit tersebut sekarang ini. Aku doakan dia sudah sihat dan sembuh sepenuhnya.

P/s:
Buat pembaca yang menjadi 🌹pesakit mahupun 🌹penjaga kepada pesakit,

Cuma satu perkara yang aku minta.
Berilah kerjasama kepada para doktor untuk memudahkan urusan semua pihak. Tugas kami adalah untuk membantu proses penyembuhan pesakit dengan izinNya. Tiada langsung terlintas niat di hati kami untuk menganiayai sesiapapun. Kami juga ingin melihat pesakit yang dirawat dapat balik ke rumah dalam keadaan sihat.
Sekiranya semua orang saling memahami, urusan dapat diselesaikan dengan mudah.

 

Friday 19 June 2015

"Maaf, doktor"

Sebaik sahaja selesai ward round bersama specialist, aku diminta oleh MO untuk turun ke klinik. Aku bertanggungjawab menjaga chronic cubicle. Pada hari tersebut, cuma 3 HO sahaja yang tinggal. Sekarang ni banyak sangat isu HO MIA (missing in action)..haha

Sekiranya aku turun ke klinik, cuma tinggal 2 HO untuk menyelesaikan plan-plan yang diminta oleh specialist & menyiapkan discharge summary. Mujur tak banyak plan yang tertangguh.

"1021"
Aku mula memanggil nombor yang tertera di fail pesakit luar.

Seorang pesakit bersama anak perempuannya masuk.
"Makcik Zainab kan? Mai duduk di sini makcik."

Aku mula menjalankan tugasku sebagai seorang doktor.
"Makcik, hari ni rasa macam mana? Ada apa-apa masalah tak?"
"Alhamdulillah sihat ja doktor. Cuma sejak kebelakangan ni makcik selalu penat la bila berjalan."
Aku memeriksa kembali fail pesakit.

62yo/M/F
U/L DM, HPT, dyslipidemia, ?CCF
ECHO (10/5/15)- LVEF 65%, no RWMA, trivial MR, ventricle not dilated.

O/E: alert, conscious, not tachypnoeic
BP: 134/72
PR: 78
RR: 20
CVS: DRNM
Lung: crepts more on the right side
PA: soft, non tender
No pedal edema

Aku memulakan penyiasatanku berkaitan isu 'penat' makcik Zainab. Dalam medical term, penat dipanggil SOB (shortness of breath).
Any failure symptoms?
Any chronic lung disease?
Patient compliance to medication?
Makcik Zainab tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dia mengalami chronic lung disease atau heart failure.

Mataku mengimbas senarai ubat yang diambil oleh makcik Zainab.
Meds:
T. Metformin 500mg BD
T. Perindopril 2mg OD
T. Simvastatin 20mg ON
T. Frusemide 40mg OD

Tatkala sampai ke soalan berkaitan compliance to medication, aku membuka pertanyaan baru.
"Makcik makan ke semua ubat yang makcik ambil ni?"
"Ish..doktor, makcik makan. Sehari pun makcik tak tinggal tau." Aku membalas jawapan makcik Zainab dengan senyuman.
"Betul ke makcik?" Aku cuba memancing jawapan sebenar buat kali kedua.
"Makcik makan. Cuma...." Jawapan Makcik Zainab terhenti di situ.

Yes..akhirnya, joran pancingku yang kedua telah terkena umpan. Makcik Zainab mula membuka cerita.
"Cuma apa makcik? Cuba makcik cerita kat saya sikit."
"Ala doktor, ubat lawas kencing tu ja makcik makan sekali seminggu. Yang lain memang makcik makan tiap-tiap hari. Makcik tak tahan la nak pi bilik air selalu."
Tergelak aku mendengar penjelasan makcik Zainab. Ubat yang disuruh makan sekali sehari dimakan sekali seminggu.😅 Aiyya...makcik Zainab. Patutla makcik selalu saja penat.

Aku menjelaskan kepada makcik Zainab pentingnya mengambil ubat mengikut ketetapan. Mujurlah penat makcik Zainab tidak terlalu teruk sehingga memerlukan admission ke ward.

Sebelum berlalu pergi, makcik Zainab menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku.
"Doktor, makcik mintak maaf ye kalau tersalah cakap dengan doktor tadi. Makcik tak pernah nampak doktor sebelum ni. Doktor ni selalu saja senyum dan pandai bercakap."
Nak tergelak aku mendengar kata-kata makcik Zainab.
"Saya pun mintak maaf jugak kalau ada tersalah cakap dengan makcik. Cuma lepas ni makcik jangan lupa makan ubat setiap hari tau. Jangan lupa datang lagi 3 bulan untuk jumpa doktor di klinik."
"Baik doktor. Terima kasih."

Makcik Zainab berlalu pergi dan aku menghantarnya dengan sekuntum senyuman.☺