topbella

Friday 19 June 2015

"Maaf, doktor"

Sebaik sahaja selesai ward round bersama specialist, aku diminta oleh MO untuk turun ke klinik. Aku bertanggungjawab menjaga chronic cubicle. Pada hari tersebut, cuma 3 HO sahaja yang tinggal. Sekarang ni banyak sangat isu HO MIA (missing in action)..haha

Sekiranya aku turun ke klinik, cuma tinggal 2 HO untuk menyelesaikan plan-plan yang diminta oleh specialist & menyiapkan discharge summary. Mujur tak banyak plan yang tertangguh.

"1021"
Aku mula memanggil nombor yang tertera di fail pesakit luar.

Seorang pesakit bersama anak perempuannya masuk.
"Makcik Zainab kan? Mai duduk di sini makcik."

Aku mula menjalankan tugasku sebagai seorang doktor.
"Makcik, hari ni rasa macam mana? Ada apa-apa masalah tak?"
"Alhamdulillah sihat ja doktor. Cuma sejak kebelakangan ni makcik selalu penat la bila berjalan."
Aku memeriksa kembali fail pesakit.

62yo/M/F
U/L DM, HPT, dyslipidemia, ?CCF
ECHO (10/5/15)- LVEF 65%, no RWMA, trivial MR, ventricle not dilated.

O/E: alert, conscious, not tachypnoeic
BP: 134/72
PR: 78
RR: 20
CVS: DRNM
Lung: crepts more on the right side
PA: soft, non tender
No pedal edema

Aku memulakan penyiasatanku berkaitan isu 'penat' makcik Zainab. Dalam medical term, penat dipanggil SOB (shortness of breath).
Any failure symptoms?
Any chronic lung disease?
Patient compliance to medication?
Makcik Zainab tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dia mengalami chronic lung disease atau heart failure.

Mataku mengimbas senarai ubat yang diambil oleh makcik Zainab.
Meds:
T. Metformin 500mg BD
T. Perindopril 2mg OD
T. Simvastatin 20mg ON
T. Frusemide 40mg OD

Tatkala sampai ke soalan berkaitan compliance to medication, aku membuka pertanyaan baru.
"Makcik makan ke semua ubat yang makcik ambil ni?"
"Ish..doktor, makcik makan. Sehari pun makcik tak tinggal tau." Aku membalas jawapan makcik Zainab dengan senyuman.
"Betul ke makcik?" Aku cuba memancing jawapan sebenar buat kali kedua.
"Makcik makan. Cuma...." Jawapan Makcik Zainab terhenti di situ.

Yes..akhirnya, joran pancingku yang kedua telah terkena umpan. Makcik Zainab mula membuka cerita.
"Cuma apa makcik? Cuba makcik cerita kat saya sikit."
"Ala doktor, ubat lawas kencing tu ja makcik makan sekali seminggu. Yang lain memang makcik makan tiap-tiap hari. Makcik tak tahan la nak pi bilik air selalu."
Tergelak aku mendengar penjelasan makcik Zainab. Ubat yang disuruh makan sekali sehari dimakan sekali seminggu.😅 Aiyya...makcik Zainab. Patutla makcik selalu saja penat.

Aku menjelaskan kepada makcik Zainab pentingnya mengambil ubat mengikut ketetapan. Mujurlah penat makcik Zainab tidak terlalu teruk sehingga memerlukan admission ke ward.

Sebelum berlalu pergi, makcik Zainab menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku.
"Doktor, makcik mintak maaf ye kalau tersalah cakap dengan doktor tadi. Makcik tak pernah nampak doktor sebelum ni. Doktor ni selalu saja senyum dan pandai bercakap."
Nak tergelak aku mendengar kata-kata makcik Zainab.
"Saya pun mintak maaf jugak kalau ada tersalah cakap dengan makcik. Cuma lepas ni makcik jangan lupa makan ubat setiap hari tau. Jangan lupa datang lagi 3 bulan untuk jumpa doktor di klinik."
"Baik doktor. Terima kasih."

Makcik Zainab berlalu pergi dan aku menghantarnya dengan sekuntum senyuman.☺

1 comment:

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)