topbella

Tuesday 2 March 2010

Daurah...

Assalamualaikum wbt...
Inilah pertama kali aku melibatkan diri dalam aktiviti dakwah yang dianjurkan. Sebelum ini, aku cuma terlibat dalam aktiviti usrah dan bukannya aktiviti-aktiviti yang lain. Alhamdulillah..mungkin ini adalah hidayah daripada Allah kepadaku untuk aku memperbaiki diri. Tujuan aku ke daurah tersebut cuma satu: untuk mencari keredhaanNya.
Alhamdulillah, setelah selesai daurah tersebut, setidak- tidaknya sedikit ilmu dapat dipelajari. Daurah tersebut mendedahkan dan menyedarkan aku tentang ibadah yang selama ini umat Islam laksanakan. Solat, zakat, Membaca Al Quran. Semuanya mungkin telah kita laksanakan. Tetapi pernahkah kita terfikir, adakah ibadah tersebut dapat menghalang kita daripada perbuatan dosa dan maksiat???
Jika jawapannya ya, Alhamdulillah. Tetapi jika jawapannya tidak, ini bererti ada sesuatu kekurangan dalam ibadah tersebut. Aku juga bukanlah hamba yang sempurna. Kadangkala, aku juga tidak terlepas daripada dosa dan maksiat. Mungkin benar bahawa kita tidak pernah mendapat kekusyukkan dalam beribadah. Ibadah kita semata- mata untuk menunjuk- nunjuk dan bukan kerana Allah. Itulah salah kita yang terbesar.. Alangkah bahagianya jika dapat menjadi seperti insan- insan yang merasakan ibadah seperti solat itu adalah masa untuk berehat. SubhanaAllah!!! Betapa kuatnya iman mereka sehingga mendapat kemanisan dalam beribadah.
Sekiranya kita berusaha untuk memperbaiki diri, insyaAllah, Allah pasti akan menolong kita. Jika kita menolong agamaNya, sudah pasti Allah akan menolong kita dalam banyak perkara. Yakinlah dengan pertolonganNya. Seperti yang dinyatakan dalam Kalamullah: Surah Al-Anfal ayat 54
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diebrikanNya kepada suatu kaum, sehingga kaum tersebut mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui"
Berbalik kepada aktiviti daurah tersebut. Sebenarnya, pada hari Isnin, aku mempunyai ujian biochemistry dan daurah berakhir pada hari Ahad. Jika difikir- fikirkan, aku tidak mempunyai cukup masa untuk study. Tetapi Alhamdulillah, aku serahkan segala- galanya kepada Allah. Aku redha dengan sebarang keputusan yang aku perolehi. Alhamdulillah....aku berjaya dalam ujian tersebut. Lihatlah betapa sayangNya Allah kepada hambaNya yang yakin dengan pertolonganNya. SubhanaAllah...Aku benar- benar bersyukur kepadaNya...