topbella

Saturday 25 June 2011

Kejayaan = Memiliki diri + Menguasai waktu


Bila disebut saja berkenaan kejayaan, semua orang pasti tahu apa maksudnya. Semua orang pasti mahukan kejayaan. Tapi, walaupun semua orang mahukan kejayaan, tak semua orang akan dapat kejayaan tue. Nampak macam senang kan? Tapi itulah satu perkara yang paling susah.

Sejak kejadian yang berlaku baru- baru ini, aku berfikir di manakah salahku. Aku mahukan kejayaan tersebut tetapi malangnya kejayaan tu bukanlah milikku di saat itu. Seharian memikirkan di mana salah diri, di mana kecuaian yang tidak aku ketahui. Akhirnya aku ke website kegemaranku: IluvIslam. Alhamdulillah...Di situ aku temui jawapannya di dalam satu artikel yang aku terlupa apa tajuknya. Banyak artikel- artikel dalam IluvIslam yang memberi semangat dan kekuatan kepadaku. Menjadi sumber motivasiku terutamanya di saat diriku memerlukan.

Aku tertarik kepada salah satu ayat di dalam artikel tersebut. "KEJAYAAN = MEMILIKI DIRI + MENGUASAI WAKTU". Apabila terbaca artikel tersebut, tiba- tiba aku merasakan inilah salahku selama ini. Itulah jawapan yang aku cari dan Alhamdulillah, aku menemuinya dalam masa yang singkat. Setidak- tidaknya, lepas aku menemui jawapan ini, aku dapat kembali fokus kepada examku. Aku hanya ada masa seminggu untuk memperbaiki kesilapanku dan menebus kembali kegagalan dengan kejayaan.

Ya! Bagiku, sekiranya kita tidak dapat memiliki diri dan menguasai waktu, pasti kejayaan akan berada jauh dari kita. Memiliki diri adalah prinsip kepada disiplin dan pengurusan diri. Manakala menguasai waktu bererti kita tahu menguruskan masa dengan sebaiknya. Terutama di musim peperiksaan, kedua- duanya amat perlu. Masa yang suntuk untuk mengulangkaji pelajaran. Ditambah dengan gangguan- gangguan luar seperti movie, facebook, drama, chatting. Di sini, perlunya "equation of success" ini.

Alhamdulillah...berkat usaha, doa dan tawakal kepada Allah, akhirnya kegagalanku pada minggu yang lalu dapat ditebus dengan kejayaan pada hari ini. Dan kejayaan itu datang dalam keadaan yang tidak disangka- sangka. Itulah pertolongan Allah yang tidak aku jangkakan untuk berlaku. Terima kasih Ya Allah....

Wednesday 15 June 2011

Mungkin itu yang terbaik...


Seperti yang telah dirancang, hari ini aku ke Institute Pathophysiology untuk mengambil final exam. Aku sedikit letih dan tidak bersemangat. Mungkin kerana tidur yang cuma 2 jam dan masa yang selebihnya aku gunakan untuk membaca semula topik- topik yang aku kurang faham. First time aku rasa tak berapa okey dan sangat penat untuk ambil exam kali ni. Sebelum ni, walau macam mana sekalipun aku akan pastikan yang aku akan tidur awal malam tu. Tapi, memandangkan aku kurang bersedia untuk exam kali ini, aku terpaksa berusaha hingga ke saat- saat terakhir. Akibatnya, aku hilang fokus, tak bersemangat dan mungkin otak pun tak sempat nak rehat, aku dah paksa dia berfikir untuk soalan exam pulak.

First part untuk exam ni adalah written part. Aku perlu lepas certain limit sebelum dibenarkan ke oral part. Memang sejak dari written part lagi aku dah hilang fokus, akibatnya aku gagal untuk ke peringkat oral. Makanya, aku perlu repeat exam pathophyz di minggu yang seterusnya. Aku tak pasti sama ada sememangnya soalan written tue dah sememangnya susah atau sebenarnya aku je yang tak boleh nak concentrate semasa menjawab soalan tue. Kalau ikut experience kawan- kawan yang lain, memang ada yang cakap soalan tue susah. Mungkin betul soalan tue susah. Ditambah lagi dengan diriku yang tak cukup fit untuk berdepan dengan soalan macam tue. Aku kecundang di pertengahan jalan dan kawanku berjaya ke oral part.

Di rumah, aku menanti- nanti result kawanku nie. Memang itu dah menjadi kebiasaan kalau orang exam, bila balik, soalan yang ditanya ialah: "Camne??Pass tak? Sape examiner? Dapat soalan apa?"Alhamdulillah kawanku berjaya selesaikan exam dia kali ni. Kawanku yang sorang nie memang sangat beruntung kerana sepanjang exam yang dia ambil dari first year sampai sekarang, pasti nasib menyebelahi dia. Kadang- kadang prof tak tanya banyak kat dia. Atau kalau dia dapat soalan yang dia tak dapat jawab, kadang- kadang prof tak tanya sikit je pasal soalan tue. Mungkin itu dah sememangnya rezeki dia.

Tapi, mula- mula aku jealous la jugak dengan kawanku nie. Mana taknya, aku menghabiskan 250 soalan untuk ke exam. Dia kata untuk exam kali nie, boleh dikatakan separuh daripada 250 soalan tue die tak sempat nak habiskan. Bila tanya soalan apa dia dapat. Memang rezeki dia yang dia dapat soalan yang dia sempat cover. Memang sangat bertuah. Kalau aku di tempat dia, mesti aku tak yakin untuk ambil exam kali tue.

Tapi, selepas diteliti dan dimuhasabah balik atas apa yang berlaku, aku tak nafikan aku sendiri yang salah. Cemburuku kepada kawanku cuma untuk mengembalikan semangat untuk study semula. Kejayaan yang dia dapat memang sesuai dengan usaha yang dia buat. Jadi, layaklah dia untuk dapat kejayaan tue. Aku pulak, memang sesuai la dengan usaha aku yang tak seberapa untuk hasil yang sedemikian. Aku cuba berlapang dada dengan apa yang berlaku. Bagiku, mungkin Allah ada sesuatu yang lebih baik untukku di masa akan datang. Perancangan manusia tak dapat nak mengatasi perancangan Allah. Kalau aku tak gagal kali ni, mungkin aku takkan nampak kesilapanku. Bila gagal, seharusnyalah aku belajar daripada kesilapan tersebut.

First part yang aku tersedar adalah aku tersalah pada niatku. Aku baru tersedar yang aku cuba rushing habiskan exam untuk cepat- cepat balik ke Malaysia. Niatku dah tersasar: Nak cepat balik ke Malaysia. Bukan niatku untuk belajar bagi menambah ilmu yang bakal aku gunakan di masa depan kelak. Dan yang paling penting belajar kerana Allah. Sedangkan ilmu yang dipelajari sekarang ni sangatlah penting untuk kerjaya sebagai doktor. Alhamdulillah, aku baru disedarkan dari mimpi dan kegagalanku sekarang memberi peluang untuk aku lebih mendalami ilmu ni. Kalau hari ini aku berjaya, pasti aku takkan menoleh ke belakang semula dan ilmu yang kurang aku fahami sebelum ini akan terus hilang daripada kefahamanku.

Alhamdulillah ya Allah atas peristiwa yang berlaku ini. Sesungguhnya tanpa peristiwa ini, pasti aku akan terus hanyut. Allah knows what is best for you. It is your task to find out what is the meaning behind all the things that happened to you. If you think in a negative way, you will get the negative meanings. But if you think it in a positive way, you will found out that Allah is the best planner. He knows you more than anyone else. Even, more than yourself.

Ya!!!!!Teruskan usaha!!!Jangan pernah mengaku kalah dengan kegagalan.=)

Thursday 9 June 2011

Nak Bawa Apa Ye???

Penat seharian study for the exam, jadi aku terdetik untuk menulis perkara ini. Untuk memudahkan adik- adik yang akan fly ke czech, aku ingin berkongsi pendapat tentang barang apa yang boleh dibawa ke sini. Memandangkan berat beg yang dibenarkan oleh MAS cuma lebih kurang 25kg (kalau ana tak salah). Tapi mungkin time adik- adik akan fly nanti, berat beg mungkin berubah sama ada bertambah atau berkurang. Jadi, aku bercadang untuk menolong adik- adik untuk mempersiapkan beg tue =)


Adaptor
Adaptor ni digunakan sebab plug malaysia dan plug di Europe ni berbeza. Kalau adik- adik nak beli adaptor, boleh la cari jenis plug yang digunakan di Europe. Terpulang la nak bawa berapa pun. Tapi rasanya lebih baik kalau adaptor tue dibeli lebih dari satu.


Extension
Memandangkan kita bawa macam- macam barangan elektrik dari Malaysia yang menggunakan plug Malaysia, aku rasa lebih baik kalau bawa sekali extension. Jadi, tak perlu la menggunakan banyak adaptor. Kalau tak, nanti nak cas handphone, laptop, nak guna rice- cooker, iron, cerek elektrik akan jadi susah sebab tak cukup adaptor atau plug tak banyak kat dalam bilik.

Baju sejuk/ winter coat
Masa adik- adik sampai di airport nanti, cuaca agak sejuk memandangkan time tue dah masuk autumn. Dua atau tiga bulan lepas tue akan winter pulak. Cuaca di sini tak menentu. Kadang- kadang waktu winter tersangat la sejuk. Kalau adik- adik nak bawa winter coat dari Malaysia, mungkin satu pun dah cukup sebagai preparation. Yang selebihnya mungkin adik- adik boleh beli di sini. Lagipun, winter coat di sini lagi banyak pilihan, agak berpatutan dan sesuai dengan suhu sejuk di sini.


Baju kurung/ Baju Melayu
Kalau di Prague, baju kurung digunakan bila tibanya waktu exam. Memandangkan time exam, kita kena pakai pakaian formal (untuk lelaki: coat & perempuan: office attire), jadi kami di sini jadikan baju kurung tue sebagai pakaian formal untuk ke exam. Lagipun, kebanyakan prof dah tahu yang itu baju kebangsaan kita. Tapi, yang paling penting, baju tue dipakai bila mana ambassador menganjurkan apa- apa aktiviti di rumahnya (sambutan maulidur rasul, open house hari raya, Chinese New Year, dan kedatangan pegawai- pegawai dari Malaysia). Kalau nak ke kelas pakai baju kurung pun boleh. Tapi, limited skit la pergerakan sebab kadang- kadang kalau dah terlambat, nak kena berlari kejar tram lagi.


Rice cooker
Rasanya semua orang yang lidahnya adalah lidah orang Melayu atau orang Malaysia mesti tak boleh berpisah dengan nasi. Jadi, lebih baik kalau rice cooker dibawa dari Malaysia sebab rice cooker kat sini sangatla mahal. Orang sini tak menjadikan nasi sebagai makanan harian, sebab tue rice cooker sangat mahal.


Tudung
Untuk perempuan, aku cadangkan bawalah tudung sebanyak yang mungkin mengikut keperluan sebab di sini memang tak ada la jualan tudung macam di Malaysia. Kalau ada pun, mungkin pashmina yang boleh dibuat shawl.


Makanan
Untuk makanan, terpulang la dengan adik- adik. Kalau aku dulu, aku bawa serunding memandangkan waktu aku datang adalah bulan Ramadhan dan kadang- kadang sangat penat untuk memasak. Jadi, serunding tue boleh dimakan dengan nasi. Aku juga bawa macam- macam jenis perencah (walaupun tak berapa sihat sebab banyak MSG) sebab dulu tak tahu nak masak. So, kalau nak buat nasi goreng, memang guna perencah je la. Tapi sekarang, insyaAllah dah boleh memasak dan perencah- perencah tue dah jarang digunakan melainkan kalau tak sempat nak masak. Yang lain- lain, bergantung kepada diri masing- masing. Nak bawa maggi, milo, makanan yang cuma ada di Malaysia pun boleh. Owh..aku terlupa pasal ikan bilis. Adik- adik boleh bawa ikan bilis. Tapi, pack betul- betul supaya tak berbau. Kalau adik- adik melalui amsterdam, InsyaAllah ikan bilis tak akan jadi halangan. Ada sesetengan airport yang tak benarkan kita bawa barangan mentah. So, agak susah la kalau transit di airport tue.

Buku
Buku yang adik- adik nak gunakan memang ada di jual di sini tetapi agak mahal. Kalau di Prague sendiri, memang ada sebuah kedai buku yang menjual buku rujukan untuk medic course. Kalau senior- senior di Prague nie lebih suka beli buku di Malaysia dan dibawa ke sini. Tapi, kena tanya senior- senior dulu la buku apa yang digunakan kalau betul nak beli di Malaysia. Tapi, biasa la kan. Buku medic sangat la berat dan tebal. Yang mengambil banyak space dan berat beg tue. Kalau ada banyak space lagi, boleh la dibawa buku- buku tue. Kalau tak, memang kena beli di sini la. Lagipun, untuk sponsorship Mara memang dah ada elaun duit buku. So, duit tue memang lebih dari cukup untuk membeli buku- buku di sini.

p/s: Apa yang disebutkan di atas adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Setiap orang yang akan fly pasti bingung dan runsing sebab tak tahu nak bawa barang apa. Ini adalah sharing semata- mata. Jika ia dapat memudahkan anda semua, alhamdulillah. Tapi, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri masing- masing =)

Wednesday 1 June 2011

Time to focus....


Alhamdulillah...Summer semester dah nak melabuhkan tirainya. Perasaan best memang ada memandangkan tak perlu lagi pergi ke kelas. Tapi disebalik perasaan best tue, wujud juga perasaan takut bila mana kelas dah habis bermaksud exam period pula yang muncul. Saat yang paling digeruni oleh semua orang. Masa inilah semua orang akan berhibernasi di dalam bilik. Nak keluar dari bilik memang susah melainkan kalau nak ke dapur atau ke bilik air. Itu dah menjadi rutin bila mana waktu exam muncul. Cuma kadang- kadang ke bilik kawan untuk bersembang, untuk merehatkan fikiran. Walau tinggal dalam satu rumah pun, sangat susah nak jumpa kalau semua orang berhibernasi di dalam bilik. Kena jadi initiator untuk ke bilik kawan- kawan yang lain untuk bertanya khabar. Tapi, kalau nak ke bilik kawan pun, kena cari timing yang sesuai. Bukan apa..Jika salah timing, silap- silap kita yang akan kena. Waktu exam period ni, semua orang stress. Jadi, sangat penting untuk bertanya khabar supaya hilang sikit stress untuk exam tue.

Untuk semester ini, aku ada 4 exam besar: Czech languange, Propaedeutics in Surgery, Pathophysiology dan Pathology. First time ada 4 exam dalam satu semester. Sebelum ni, maximum cuma 2 exam. Sebab tue pentingnya management untuk ambil exam tue supaya lebih tersusun urusan. Lagipun, berdisipin dan tersusun urusan adalah salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyyah. Alhamdulillah Czech dan Surgery dah diselesaikan sebelum tamat kelas. Aku ambil pre- term supaya aku dapat focuskan kepada 2 subjects lagi. InsyaAllah, aku akan cuba selesaikan kedua- dua subject nie dalam bulan Jun. Saat ini, sedang berusaha untuk menghabiskan soalan final exam. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kadang- kadang aku takut kesibukan aku untuk exam akan menjauhkan aku dari tarbiyyah. Minta dijauhkan daripada semua tue. Aku tak mahu menjadi orang yang tak bersyukur. Lagipun, segala rezeki dan urusan semuanya dah ditentukan oleh Allah. Jadi, kebergantungan kepada Allah itu bagi aku sangat penting. Bukan sahaja saat kita susah, tetapi juga saat kita senang. Senang cerita, setiap masa.

Mengikut perancangan, sebaik sahaja selesai exam, aku akan uruskan visa yang akan expired pada bulan September. Bila dah selesai urusan visa, barulah aku akan pulang ke Malaysia. Tak sabar rasanya untuk balik ke Malaysia memandangkan inilah kali pertama aku akan menjejakkan kaki ke rumah baru. Semoga ia menjadi motivatorku untuk study.
Jadi, sekarang dah tiba masanya untuk focus pada study. 2 more exams to go. Doa + Usaha + Tawakal.....