topbella

Saturday 11 February 2017

ICU & kematian

Sepanjang 2 bulan aku di posting anesthesiology, hari ini adalah hari pertama aku berdepan dengan 4 kematian serentak dalam tempoh 1 jam.
Malaikat Izrail sibuk menjalankan tugasnya.
Kami hanya mampu melakukan yang terbaik untuk setiap pesakit.

Pesakit 1
Arwah baru sahaja mrnjalani pembedahan. Selepas pembedahan, arwah dihantar ke wad. Namun, keadaan arwah tidak stabil dan dirujuk kepada bahagian anesth semula. Arwah dibawa masuk ke icu. Pada mulanya, keadaan arwah stabil namun pada malam hari, arwah tiba-tiba tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan pernafasan. Pada hari ini, satu demi satu ubat jantung ditambah sehingga maximum namun Allah lebih sayangkan arwah. Arwah pergi menemui pencipta dengan ditemani isteri di sisi.
CPR tidak dibuat memandangkan ahli keluarga memilih untuk tidak CPR sekiranya jantung berhenti.

Pesakit 2
Pesakit dimasukkan ke wad dan dirawat sebagai AF (atrial fibrillation). Di dalam wad, pesakit tiba-tiba menjadi restless & collapse. Pesakit diCPR dan berjaya diselamatkan setelah 20mins. Pesakit dibawa masuk ke ccu dan dirawat sebagai serangan jantung. Di ccu, 4 inotrope/ubat jantung diberikan namun tekanan darah masih rendah. Pada pagi ini, sekali lagi pesakit asystole. CPR tidak dibuat atas permintaan ahli keluarga. Dan pesakit tidak dapat diselamatkan juga.

Pesakit 3
Pesakit disyaki menghidap PTB berdasarkan x ray dan sample kahak. Pesakit pada mulanya dimasukkan ke wad dan tiba-tiba pesakit desaturated (spo2 hanya 90% under HFMO2). Pesakit di intubate oleh team perubatan dan dirujuk kepada anest untuk kemasukan ke icu. Namun pesakit perlu diletakkan di dalam bilik isolasi untuk mengelakkan penyebaran wabak TB. Pesakit juga telah di CPR selama 10 mins kerana jantung berhenti selepas di intubate. Seterusnya ubat jantung diberikan namun tekanan darah masih rendah. Setelah ibu pesakit datang melawat, pesakit pergi dengan tenang menemui Pencipta.

Pesakit 4
Arwah dimasukkan ke icu kerana menghidap demam denggi. Namun pada masa yang sama turut mendapat jangkitan  kuman lain.
Rawatan sangatlah mencabar. Arwah diberikan rawatan yang special memandangkan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada pesakit denggi, kes akan dibawa sehingga ke kementerian. Setelah demam denggi berada dalam fasa pemulihan (berdasarkan parameter sampel darah), keaadaan pesakit masih tidak baik sepenuhnya. Bahkan pada hari ini, pesakit bertambah tenat dengan memerlukan bantuan ubat untuk jantung. Namun tekanan darah masih rendah. Hingga satu ketika, pesakit PEA (pulseless electrical activity). CPR dilaksanakan selama 30mins namun tidak dapat diselamatkan. Arwah pergi menghadap Ilahi.

Bekerja di icu, aku belajar banyak perkara.
Pesakit yang kelihatan sangat tenat kadangkala mampu sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Dan ada juga pesakit yang keadaanya stabil namun ajalnya datang terlebih dahulu.
Aku hanya mampu melakukan yang terbain untuk pesakit yang aku rawat. Namun, soal ajal maut dan hidup mati telahpun tertulis sejak azali dan ia pasti akan berlaku.

Tuesday 7 February 2017

C.I.N.T.A

Cinta ibarat air yang menggelegak.

Andai ditutup hingga terasa tiada ruang, bakal meletup.
Tetapi bocor juga tidak boleh.
Jalan penyelesaiannya: kecilkan api.
Usah terlalu panas, usah terlalu kecil apinya.
Bersederhana. Ambil jalan tengah. Sendiri pandai mengawal.

-Buku Dance in the rain-