topbella

Sunday 20 February 2011

Life as a first year medic student...


Wah...part nie la yg paling susah nak cerita..ada banyak benda yang berlaku sepanjang aku menjadi pelajar first year kat charles university nie. Kata orang, medic tue bukanlah satu subject yg mudah. Kalau setakat genius atau intellectual, masih tak cukup lagi untuk ambil subject medic. Sebab medic juga memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Kesabaran untuk terus berada di hadapan buku- buku yang berinci tebalnya. Kesungguhan untuk belajar meskipun kadangkala gagal di pertengahan jalan. Kerana guru yang paling terbaik adalah pengalaman. Pengalaman itu sendiri yg akan mendidik kita untuk menjadi insan yang macam mana.
Kalau di Prague, first year adalah tahun yang paling hectic rasanya. Sebabnya every week boleh dikatakan ada saja test yang menanti. Selalunya test Anatomy la.. Untuk histology pulak, testnya kadang- kadang saja. Bergantung kepada prof yang mengajar kelas tue. Kiranya, first year nie penentu la jugak sama ada seseorang tue mampu bertahan dengan medic atau pun tak. Kalau masa first year pun dh tension sangat2, nanti bila tahun- tahun yg seterusnya takut tak tertanggung lagi tension2 yg semakin banyak tue. Memang first year agak hectic, sampaikan ada orang rasa yang first year nie tak ada life langsung. Tapi, sebagai first year, ini adalah transition untuk kita untuk masuk ke dunia universiti. Bukan senang nak tinggalkan alam sekolah mahupun kolej. Kat universiti, semua benda kita kena buat sendiri. Bukannya mengharap kepada apa yang prof ajarkan semata- mata. Kena cari inisiatif untuk belajar sendiri.
Setidak- tidaknya, bila ada test every week, kita akan terpush atau termotivate untuk belajar. Untuk berusaha...Di sini, istilah gagal tu dh biasa didengar. Yang penting, bukan gagal tue sendiri tapi yang penting adalah keupayaan untuk bangun kembali setelah gagal. Sebab di sini, exam adalah dalam bentuk oral. Kita akan cabut beberapa soalan. Kemudian, diberi masa untuk prepare jawapan. Seterusnya dibentangkan kepada prof yang menjadi examiner. Walaupun soalan telah dicabut, tapi prof tue boleh saja tanya benda yang diluar soalan. Pendek kata, semua benda kita kena tahu. Rasanya itu lebih bagus berbanding soalan multiple choices yang kita boleh teka jawapannya. Kalau system di sini, kalau tak baca memang takkan dapat jawab soalan tue. Tapi, university tak la terlampau kejam. Pelajar diberi 3 peluang untuk exam. Kalau gagal, kena kumpul kekuatan semula untuk ambil exam tue lagi. Melainkanlah kalau dah tiga kali gagal, pelajar terpaksa repeat year semula.
Perkara nie bukan untuk menakutkan mana- mana pelajar. Tetapi untuk mengingatkan pelajar supaya tak leka. Supaya terasa ada amanah dan tanggungjawab yang dibawa. Sudah 5 batches ada di sini. Alhamdulillah kebanyakannya mampu untuk mengharungi pengajian di sini. Jadinya tak mustahil kepada sesiapapun untuk berjaya di sini.
Lagi satu, orang selalu ingat yang pelajar2 yg dihantar ke Czech Republic, result examnya tak mantap. Bagi aku sendiri, itu satu statement yg salah. Memang university2 di Ireland dan UK ada requirements yg tersendiri. Mostly, nak result exam yang mantap2. Dan saki baki dihantar ke Czech. Itu memang salah. Sebab, system belajar di sini bukan lagi melihat kepada result exam pelajar tue yang lepas. Bagi aku, orang sendiri kata yang belajar medic di Czech itu susah. Dan semestinya pelajar yang dihantar ke Czech sebenarnya bukan calang- calang orang. Kepada sesiapa yang dihantar ke Czech, ingatlah bahawa diri anda sangat special berbanding orang lain. Biar la orang tak tahu kat mana tue Czech. Tapi, yang penting adalah kualiti belajar itu sendiri.

Friday 18 February 2011

Berkenalan dengan bumi Prague


Kata orang, tak kenal maka tak cinta...minggu pertama di Prague banyak dihabiskan untuk mengenali keadaan dan situasi di Prague. Kami dibawa oleh agent yg menguruskan pelajar Malaysia di sini untuk menyiapkan kesemua procedure penting. Antaranya, buka account bank, registration kat university, uruskan pasal public transport, dan jugak permohonan visa untuk long-term residence. Bila dah selesai semua benda penting, barulah kami dibawa oleh senior-senior untuk jalan-jalan.
Memandangkan masa tue bulan puasa, memang agak letih jugak berjalan ke sana- sini. Tapi, keletihan tu kurang sikit sebab cuaca agak sejuk dan tak berapa panas. Cuma, kena tahan pandangan je la bila di sini sebab mesti la orang- orang kat sini dengan slumbernya makan- makan kat restaurant tepi- tepi jalan tue.
Selalunya kalau orang datang ke Prague, tempat yang mesti dituju mestilah Prague Castle, Charles Bridge, Old Town, Muzeum, dan jugak Petrin hill. Senior- senior yang ada di sini masa kami sampai yang berbesar hati nak bawak kami jalan- jalan. Terima kasih senior- senior semua!!!!!
Selain tue, senior jugak bawak kami jalan- jalan cari tempat halal kat Prague. Masa mula- mula sampai di Prague, ade sikit je kedai halal. Sekarang dah makin banyak kedai halal di Prague. Mungkin diorang dah tahu ramai orang Islam ada kat Prague kot. Kami jugak di bawa ke kawasan faculty untuk tahu jalan ke kelas masing- masing nanti. Memandangkan First Faculty of Medicine sangat scattered, agak susah la jugak. Kalau university lain, mesti ada pagar pemisah dan pintu gerbang nak masuk ke university tue. Tapi untuk Charles University, memang tak ada pagar pemisah dengan dunia luar dan tak ada pintu gerbang. Kadang- kadang, kena naik tram atau metro untuk pergi ke sesuatu tempat untuk kelas- kelas tertentu. Contohnya, PE, First Aid, Patient Care. Perjalanan ada yang sampai 30 minit. Memang kena keluar awal suapaya tak kena marah sebab datang lambat.
Kalau orang- orang Czech sendiri, diorang ni selalu tengok orang dengan pandangan yang tak menyenangkan. Dengar cerita, Czech dulu adalah jajahan komunis. Jadinya, orang- orang tua kat sini terutamanya macam tak open minded sikit dan diorang sangat susah nak terima orang luar terutamanya orang Islam. Majority orang kat sini adalah Atheis. Tapi, ada jugak orang Czech yang friendly dan baik. Tak semua orang still close- minded lagi.

Saturday 12 February 2011

Dari Asia ke Eropah


Tanggal 21 September 2008, aku meninggalkan bumi Malaysia untuk menyambung pelajaran ke sebuah negara yang aku sendiri tidak pernah bayangkan bagaimana keadaan di sana. Meskipun saat itu telah lama berlalu, namun ia masih kekal di ingatan. Aku dihantar oleh keluarga tercinta ke KLIA. Itulah kali pertama aku akan meninggalkan keluarga dalam tempoh yang lama. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa beratnya hati ini untuk meninggalkan keluarga. Tapi, demi satu tujuan iaitu MENIMBA ILMU PENGETAHUAN, aku gagahkan juga diri ini.

Perasaan ketika itu????
Sedih bercampur gembira, excited, curious dan macam-macam lagi memandangkan aku akan berada di sebuah negara yang asing. CZECH REPUBLIC. Itulah negara yang akan aku tujui. Dengan azam, untuk menimba ilmu perubatan. Akhirnya di bumi Prague, aku bermastautin untuk 6 tahun. InsyaAllah....

Kali pertama menaiki kapal terbang, bermacam-macam perasaan muncul. Takut apabila terbayangkan kapal terbang yang terhempas. Dan macam-macam lagi. Perjalanan selama 12 jam. KLIA- Amsterdam- Prague sangat meletihkan. Ditambah pula, saat itu adalah bulan Ramadhan. Meninggalkan keluarga dalam bulan Ramadhan bererti aku akan menyambut Aidil Fitri di perantauan buat kali pertama tanpa keluarga di sisi. Itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Selama ini, aku hanya melihat di akhbar- akhbar salam perantauan daripada pelajar- pelajar di luar negara. Akhirnya, suatu ketika aku juga pernah muncul di ruangan tersebut.

Bumi Prague ketika pertama kali menjejakkan kaki...Aku disambut dengan cuaca yang sejuk. Menggigil seluruh badan kerana pakaian yang agak nipis. Cuma blezer sahaja. Ketika kami sampai, ia adalah musim luruh. Tapi sudah hampir ke musim sejuk kerana cuacanya yang agak sejuk itu. First impression terhadap bumi Prague: bandar yang maju, membangun, cantik di kala musim luruh, dan efficient. Itulah saat pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Prague, Czech Republic.

Diari hidupku...

Assalamualaikum wbt..

Diari hidupku..ingin aku kongsikan perjalanan hidupku dengan orang-orang yang ingin mengambil pengajaran daripadanya. Kisah hidupku bukanlah terlalu special untuk dibangga- banggakan. Akan tetapi diri ini merasakan mungkin ada insan di luar sana yg dapat mengambil pedoman daripada kisah hidupku.

Selama hampir 23 tahun aku bernafas di atas muka bumi ciptaan Allah ini, pelbagai pengalaman pahit dan manis yang terlakar yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Semoga ia menjadi ikhtibar buat yang ingin menyusuri kisah hidupku.