topbella

Friday 18 February 2011

Berkenalan dengan bumi Prague


Kata orang, tak kenal maka tak cinta...minggu pertama di Prague banyak dihabiskan untuk mengenali keadaan dan situasi di Prague. Kami dibawa oleh agent yg menguruskan pelajar Malaysia di sini untuk menyiapkan kesemua procedure penting. Antaranya, buka account bank, registration kat university, uruskan pasal public transport, dan jugak permohonan visa untuk long-term residence. Bila dah selesai semua benda penting, barulah kami dibawa oleh senior-senior untuk jalan-jalan.
Memandangkan masa tue bulan puasa, memang agak letih jugak berjalan ke sana- sini. Tapi, keletihan tu kurang sikit sebab cuaca agak sejuk dan tak berapa panas. Cuma, kena tahan pandangan je la bila di sini sebab mesti la orang- orang kat sini dengan slumbernya makan- makan kat restaurant tepi- tepi jalan tue.
Selalunya kalau orang datang ke Prague, tempat yang mesti dituju mestilah Prague Castle, Charles Bridge, Old Town, Muzeum, dan jugak Petrin hill. Senior- senior yang ada di sini masa kami sampai yang berbesar hati nak bawak kami jalan- jalan. Terima kasih senior- senior semua!!!!!
Selain tue, senior jugak bawak kami jalan- jalan cari tempat halal kat Prague. Masa mula- mula sampai di Prague, ade sikit je kedai halal. Sekarang dah makin banyak kedai halal di Prague. Mungkin diorang dah tahu ramai orang Islam ada kat Prague kot. Kami jugak di bawa ke kawasan faculty untuk tahu jalan ke kelas masing- masing nanti. Memandangkan First Faculty of Medicine sangat scattered, agak susah la jugak. Kalau university lain, mesti ada pagar pemisah dan pintu gerbang nak masuk ke university tue. Tapi untuk Charles University, memang tak ada pagar pemisah dengan dunia luar dan tak ada pintu gerbang. Kadang- kadang, kena naik tram atau metro untuk pergi ke sesuatu tempat untuk kelas- kelas tertentu. Contohnya, PE, First Aid, Patient Care. Perjalanan ada yang sampai 30 minit. Memang kena keluar awal suapaya tak kena marah sebab datang lambat.
Kalau orang- orang Czech sendiri, diorang ni selalu tengok orang dengan pandangan yang tak menyenangkan. Dengar cerita, Czech dulu adalah jajahan komunis. Jadinya, orang- orang tua kat sini terutamanya macam tak open minded sikit dan diorang sangat susah nak terima orang luar terutamanya orang Islam. Majority orang kat sini adalah Atheis. Tapi, ada jugak orang Czech yang friendly dan baik. Tak semua orang still close- minded lagi.

2 comments:

  1. agak la.. saya pun pernah dengar gak yang RC ni bekas negara komunis..

    ReplyDelete
  2. Betul la tue...sebab tue diorg susah skit nak terima orang luar. Tapi sekarang dah xde mslh memandangkan dah ramai orang luar yang datang ke czech. Yang peting, kalau kita tak buat masalah kat sini, diorg pun xkan kacau kita..

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)