Bahan- bahan:
- Kepingan lasagna (dicelur sebentar)
- Inti:
- Sos (lasagna/ bolognese 500g)
- Cendawan butang dalam tin, disejat air (400g) [Kalau nak guna cendawan butang segar ~250g, kenalah dipotong dadu...]
- Carrot (1 batang, dipotong mayang halus)
- Isi ayam (bahagian dada, 400g)
- Serbuk black pepper & oregano
- Bawang besar 1 labu, Bawang putih 5 ulas (dipotong dadu)
- Mozarella cheese
- Parmesan cheese
- Sos cili (1 sudu besar)
- Sos putih:
- Butter (4 sudu besar)
- Cheddar cheese/ cheesedale (4 keping)
- 500mL susu
- Tepung gandum (4 sudu besar)
- Garam
Cara membuat:
- Inti:
- Rebus ayam bersama sedikit garam sehingga masak. Kemudian isi ayam dicarik- carik kasar.
- Masukkan 4 sudu besar minyak masak.
- Tumis bawang sehingga naik bau.
- Masukkan ayam & gaul sebati.
- Tuang sos (semua sekali).
- Gaul sebati, masukkan carrot, cendawan butang, garam (1 sudu kecil), serbuk oregano, sos cili & black pepper.
- Masak sehingga kesemua bahan sebati sepenuhnya.
- Sos putih:
- Cairkan butter. Masak di atas api yang kecil sahaja.
- Masukkan 4 sudu besar tepung gandum.
- Masukkan susu.
- Masukkan cheddar cheese/ cheesedale. Kacau hingga sebati.
- Masukkan sedikit garam. Kacau sehingga sos menjadi sedikit likat.
- Susunan:
- Kepingan lasagna
- Inti
- Sos putih. Banjir lagi sedap!!
- Parmesan cheese & mozarella cheese.
- Ulang 3 kali.
- Lapisan terakhir. Kepingan lasagna, sos putih & cheese.
- Bakar
- Oven dipanaskan dengan suhu 180 darjah celcius.
- Bakar hingga lapisan atas menjadi perang (anggaran 40-50 min).
Selamat mencuba!!!! (^_^)
Wah Terima kasih berkongsi resepi ni. Tak sabar nak cuba buat sendiri di rumah nanti.
ReplyDeleteMaksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil