topbella

Thursday 9 June 2011

Nak Bawa Apa Ye???

Penat seharian study for the exam, jadi aku terdetik untuk menulis perkara ini. Untuk memudahkan adik- adik yang akan fly ke czech, aku ingin berkongsi pendapat tentang barang apa yang boleh dibawa ke sini. Memandangkan berat beg yang dibenarkan oleh MAS cuma lebih kurang 25kg (kalau ana tak salah). Tapi mungkin time adik- adik akan fly nanti, berat beg mungkin berubah sama ada bertambah atau berkurang. Jadi, aku bercadang untuk menolong adik- adik untuk mempersiapkan beg tue =)


Adaptor
Adaptor ni digunakan sebab plug malaysia dan plug di Europe ni berbeza. Kalau adik- adik nak beli adaptor, boleh la cari jenis plug yang digunakan di Europe. Terpulang la nak bawa berapa pun. Tapi rasanya lebih baik kalau adaptor tue dibeli lebih dari satu.


Extension
Memandangkan kita bawa macam- macam barangan elektrik dari Malaysia yang menggunakan plug Malaysia, aku rasa lebih baik kalau bawa sekali extension. Jadi, tak perlu la menggunakan banyak adaptor. Kalau tak, nanti nak cas handphone, laptop, nak guna rice- cooker, iron, cerek elektrik akan jadi susah sebab tak cukup adaptor atau plug tak banyak kat dalam bilik.

Baju sejuk/ winter coat
Masa adik- adik sampai di airport nanti, cuaca agak sejuk memandangkan time tue dah masuk autumn. Dua atau tiga bulan lepas tue akan winter pulak. Cuaca di sini tak menentu. Kadang- kadang waktu winter tersangat la sejuk. Kalau adik- adik nak bawa winter coat dari Malaysia, mungkin satu pun dah cukup sebagai preparation. Yang selebihnya mungkin adik- adik boleh beli di sini. Lagipun, winter coat di sini lagi banyak pilihan, agak berpatutan dan sesuai dengan suhu sejuk di sini.


Baju kurung/ Baju Melayu
Kalau di Prague, baju kurung digunakan bila tibanya waktu exam. Memandangkan time exam, kita kena pakai pakaian formal (untuk lelaki: coat & perempuan: office attire), jadi kami di sini jadikan baju kurung tue sebagai pakaian formal untuk ke exam. Lagipun, kebanyakan prof dah tahu yang itu baju kebangsaan kita. Tapi, yang paling penting, baju tue dipakai bila mana ambassador menganjurkan apa- apa aktiviti di rumahnya (sambutan maulidur rasul, open house hari raya, Chinese New Year, dan kedatangan pegawai- pegawai dari Malaysia). Kalau nak ke kelas pakai baju kurung pun boleh. Tapi, limited skit la pergerakan sebab kadang- kadang kalau dah terlambat, nak kena berlari kejar tram lagi.


Rice cooker
Rasanya semua orang yang lidahnya adalah lidah orang Melayu atau orang Malaysia mesti tak boleh berpisah dengan nasi. Jadi, lebih baik kalau rice cooker dibawa dari Malaysia sebab rice cooker kat sini sangatla mahal. Orang sini tak menjadikan nasi sebagai makanan harian, sebab tue rice cooker sangat mahal.


Tudung
Untuk perempuan, aku cadangkan bawalah tudung sebanyak yang mungkin mengikut keperluan sebab di sini memang tak ada la jualan tudung macam di Malaysia. Kalau ada pun, mungkin pashmina yang boleh dibuat shawl.


Makanan
Untuk makanan, terpulang la dengan adik- adik. Kalau aku dulu, aku bawa serunding memandangkan waktu aku datang adalah bulan Ramadhan dan kadang- kadang sangat penat untuk memasak. Jadi, serunding tue boleh dimakan dengan nasi. Aku juga bawa macam- macam jenis perencah (walaupun tak berapa sihat sebab banyak MSG) sebab dulu tak tahu nak masak. So, kalau nak buat nasi goreng, memang guna perencah je la. Tapi sekarang, insyaAllah dah boleh memasak dan perencah- perencah tue dah jarang digunakan melainkan kalau tak sempat nak masak. Yang lain- lain, bergantung kepada diri masing- masing. Nak bawa maggi, milo, makanan yang cuma ada di Malaysia pun boleh. Owh..aku terlupa pasal ikan bilis. Adik- adik boleh bawa ikan bilis. Tapi, pack betul- betul supaya tak berbau. Kalau adik- adik melalui amsterdam, InsyaAllah ikan bilis tak akan jadi halangan. Ada sesetengan airport yang tak benarkan kita bawa barangan mentah. So, agak susah la kalau transit di airport tue.

Buku
Buku yang adik- adik nak gunakan memang ada di jual di sini tetapi agak mahal. Kalau di Prague sendiri, memang ada sebuah kedai buku yang menjual buku rujukan untuk medic course. Kalau senior- senior di Prague nie lebih suka beli buku di Malaysia dan dibawa ke sini. Tapi, kena tanya senior- senior dulu la buku apa yang digunakan kalau betul nak beli di Malaysia. Tapi, biasa la kan. Buku medic sangat la berat dan tebal. Yang mengambil banyak space dan berat beg tue. Kalau ada banyak space lagi, boleh la dibawa buku- buku tue. Kalau tak, memang kena beli di sini la. Lagipun, untuk sponsorship Mara memang dah ada elaun duit buku. So, duit tue memang lebih dari cukup untuk membeli buku- buku di sini.

p/s: Apa yang disebutkan di atas adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Setiap orang yang akan fly pasti bingung dan runsing sebab tak tahu nak bawa barang apa. Ini adalah sharing semata- mata. Jika ia dapat memudahkan anda semua, alhamdulillah. Tapi, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri masing- masing =)

5 comments:

  1. alhamdulillah, thanks akak for this entry :)

    nak tanya,
    1. selain rice cooker, laptop, phone, apa lagi ye barang elektrik yg perlu bawak dari sini? iron kettle boleh beli kat sana kan?

    2. camne dgn hand luggage, boleh suggestkan apa yang perlu letak dalam hand luggage tu? kan nak transit mana2 kan? blur pulak rasanya. heehe

    3. emm, akak tulis kat atas pasal mara bagi elaun utk buku kan? apa lagi ek mara bagi duit selain elaun bulan2 tu? buku2 dulu akak beli kat sana ke?

    hee, sorry banyak tanya. :D

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing.. memang sangat2 membantu.. :)

    ReplyDelete
  3. amanina: 1. rasenye barang elektrik yang lain mcm iron dan kettle tue boleh je beli kat sini kalau beg dah tak muat. Tapi, kalau ade ruang lagi dalam beg tue, boleh je bawak dari malaysia.
    2. erm, macam2 boleh letak dlm hand- lunggage tue. Tapi kalau boleh jangan terlampau berat sebab nanti nak angkat letak kat atas tempat simpan barang tak larat pulak. Tapi, akak nasihatkan letak la satu sweater kat dlm beg tue supaya bila sampai kat sini nanti boleh guna bila tak tahan sejuk. Terpulang la kat amanina nak letak apa. Tapi nanti diorg akan bgtau barang apa yang tak boleh letak dlm hand- luggage.
    3. setiap tahun memang akan dpt elaun buku. Tapi, kalau tak slh nnt dlm surat tawaran mara, dia akan bagitau elaun apa yang pelajar akan dapat. Sorry la..akak pun x berapa ingat.Kitorg kat sini pun boleh claim dari Mara untuk certain perkara. Mcm beli insurans kat sini untuk buat visa, memang kita boleh claim kat mara. Akak memang beli buku kat sini sbb malas nak bawak berat2 dari Malaysia. Lagipun kalau nak beli buku, kena pergi ke KL kat satu kedai ni yang jual buku medic dgn harga yang agak berpatutan.
    Kalau ade apa2 nak tanya, boleh je tanya. Tapi, maybe lmbt skit akak nak reply sbb jarang buka blog skrg nie.=)

    amir: ur welcome =)

    ReplyDelete
  4. hai..singgah sini.. terasa macam kenal..tapi, siapa ni ek?=D..

    ReplyDelete
  5. Ni kawan sekelas masa kat pdrm dulu la..hehehe..mmg blog ni x exposed sgt sape penulis dia..lebih kepada rahsia..tapi certain org jela yg dpt tau sape pemilik blog ni. Lagipun Sara, aku bukan pandai menulis sgt pun.sbb tu xnak exposed kat semua org. Blog ni pun sekadar salah satu cara nak release tension. Nak lari sekejap drpd dunia medic.

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)