topbella

Saturday 25 June 2011

Kejayaan = Memiliki diri + Menguasai waktu


Bila disebut saja berkenaan kejayaan, semua orang pasti tahu apa maksudnya. Semua orang pasti mahukan kejayaan. Tapi, walaupun semua orang mahukan kejayaan, tak semua orang akan dapat kejayaan tue. Nampak macam senang kan? Tapi itulah satu perkara yang paling susah.

Sejak kejadian yang berlaku baru- baru ini, aku berfikir di manakah salahku. Aku mahukan kejayaan tersebut tetapi malangnya kejayaan tu bukanlah milikku di saat itu. Seharian memikirkan di mana salah diri, di mana kecuaian yang tidak aku ketahui. Akhirnya aku ke website kegemaranku: IluvIslam. Alhamdulillah...Di situ aku temui jawapannya di dalam satu artikel yang aku terlupa apa tajuknya. Banyak artikel- artikel dalam IluvIslam yang memberi semangat dan kekuatan kepadaku. Menjadi sumber motivasiku terutamanya di saat diriku memerlukan.

Aku tertarik kepada salah satu ayat di dalam artikel tersebut. "KEJAYAAN = MEMILIKI DIRI + MENGUASAI WAKTU". Apabila terbaca artikel tersebut, tiba- tiba aku merasakan inilah salahku selama ini. Itulah jawapan yang aku cari dan Alhamdulillah, aku menemuinya dalam masa yang singkat. Setidak- tidaknya, lepas aku menemui jawapan ini, aku dapat kembali fokus kepada examku. Aku hanya ada masa seminggu untuk memperbaiki kesilapanku dan menebus kembali kegagalan dengan kejayaan.

Ya! Bagiku, sekiranya kita tidak dapat memiliki diri dan menguasai waktu, pasti kejayaan akan berada jauh dari kita. Memiliki diri adalah prinsip kepada disiplin dan pengurusan diri. Manakala menguasai waktu bererti kita tahu menguruskan masa dengan sebaiknya. Terutama di musim peperiksaan, kedua- duanya amat perlu. Masa yang suntuk untuk mengulangkaji pelajaran. Ditambah dengan gangguan- gangguan luar seperti movie, facebook, drama, chatting. Di sini, perlunya "equation of success" ini.

Alhamdulillah...berkat usaha, doa dan tawakal kepada Allah, akhirnya kegagalanku pada minggu yang lalu dapat ditebus dengan kejayaan pada hari ini. Dan kejayaan itu datang dalam keadaan yang tidak disangka- sangka. Itulah pertolongan Allah yang tidak aku jangkakan untuk berlaku. Terima kasih Ya Allah....

No comments:

Post a Comment

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)