topbella

Sunday 17 July 2011

Terkejut dengan kilat diluar tingkap


Sekarang ni, banyak masa dihabiskan untuk study memandangkan exam pada awal bulan Ogos. Bila dah penat study, mula la browse internet untuk tengok cerita- cerita menarik. Akhirnya cerita yang ditunggu- tunggu selama ni dah ada orang upload. Maka, dapatla tengok cerita Nur Kasih The Movie.
13 Julai 2011...Cuaca hari tu macam hari- hari biasa. Kadang- kadang panas, kadang- kadang mendung. Tapi, yang aku pelik, pukul 8 mlm dah mula gelap. Sedangkan biasanya pukul 9.30 malam baru masuk Maghrib dan keadaan mula gelap. Aku tengok jam kat laptop.
"Betul la pukul 8 tapi kenapa dah mula gelap? Macam pelik je." Tapi aku tak fikir banyak sangat. Aku teruskan menonton cerita Nur Kasih. Aku tak tahu apa yang terjadi di luar sampai la pukul 9 malam, keadaan dah memang betul- betul gelap. Tiba- tiba terdengar bunyi guruh tapi sekarang ni memang selalu jugak hujan di Prague. Aku pun berhenti tengok movie dan tengok ke luar tingkap.
"SubhanAllah....."Hanya tu sahaja yang mampu aku cakapkan. Dalam sekelip mata, bumi Prague dilanda ribut dengan kilat dan guruh yang sangat menakutkan. Manakan tidak, dalam gelap malam, cahaya kilat memenuhi ruang Prague dan nampak macam waktu siang. Langsung tak berhenti- henti. Aku yang berdiri berdekatan dengan tingkap sangat terkejut sebab belum pernah aku tengok kilat yang sangat cerah dan banyak. Dah la rumah di tingkat 5. Memang nampak jelas la kilat- kilat yang memancar tue. Aku just prepare barang- barang yang perlu in case kalau ada apa- apa yang terjadi. Hampir setengah jam aku berdiri dekat dengan tingkap melihat pemandangan yang tak pernah aku lihat dan yang sukar aku gambarkan. Kadang- kadang, silau mata disebabkan cahaya yang sangat terang.Perasaan masa tu bercampur- baur: takut, terharu, kagum dan macam- macam lagi. Aku lihat ke bawah bangunan. Di jalan- jalan, tak ada orang yang berani berada dalam situasi macam tu. Pokok- pokok di taman hadapan rumah bergoyang cuma menunggu masa nak tumbang sahaja. Bagi aku, apa yang aku lihat pada malam tu memang menakutkan.
Keesokannya keluar berita yang mengatakan banyak pokok tumbang disebabkan ribut semalam. Mengikut kata orang daripada Czech Hydrometeorological Institute, sebanyak 40,000 kilat dicatatkan pada malam tu dengan 315 seminit. SubhanAllah....Patutla keadaan malam yang gelap tu nampak seperti siang sebab kilat tak berhenti- henti menyambar. Itu satu peristiwa yang tak mungkin dapat aku lupakan. Ribut malam tu mula reda sekitar pukul 11 malam.
Sepanjang ribut tu berlaku, aku tak dapat buat apa- apa. Nak study macam mustahil. Nak guna alat- alat elektronik lagi la tak berani. Memang aku duduk tengok keadaan di luar sahaja.
Bila bercerita tentang ribut yang melanda, aku teringat satu peristiwa semasa aku masih kanak- kanak. Masa tu, apa yang aku ingat adalah ribut taufan melanda kampung aku dan aku sangat takut masa tu. Bumbung rumah macam nak tercabut sebab ribut yang sangat kuat. Kami sekeluarga duduk di tengah- tengah rumah menunggu ribut reda. Kata ayah, ada puting beliung yang dah rosakkan sawah padi di belakang rumah. Entah macam mana, sebaik sahaja aku dengar perkataan puting beliung, aku terus lari keluar rumah dalam keadaan ribut yang melanda. Mungkin kerana aku terlalu takut tetapi mak dan ayah kejar aku sampai ke luar dan aku menangis sebab terlampau takut dan aku cakap yang aku nak pergi ke rumah Tok Lang. Aku pun tak pasti macam mana aku boleh terlepas keluar dan berlari menuju ke jalan raya. Nasib baik dapat dikejar sebab keadaan pada masa tu sangat menakutkan juga. Dan mujurlah tiada apa- apa yang berlaku kepada kami sekeluarga.
Oleh itu, kejadian 13 Julai 2011 nie mengingatkan aku tentang peristiwa di kampung dulu.