topbella

Wednesday 1 June 2011

Time to focus....


Alhamdulillah...Summer semester dah nak melabuhkan tirainya. Perasaan best memang ada memandangkan tak perlu lagi pergi ke kelas. Tapi disebalik perasaan best tue, wujud juga perasaan takut bila mana kelas dah habis bermaksud exam period pula yang muncul. Saat yang paling digeruni oleh semua orang. Masa inilah semua orang akan berhibernasi di dalam bilik. Nak keluar dari bilik memang susah melainkan kalau nak ke dapur atau ke bilik air. Itu dah menjadi rutin bila mana waktu exam muncul. Cuma kadang- kadang ke bilik kawan untuk bersembang, untuk merehatkan fikiran. Walau tinggal dalam satu rumah pun, sangat susah nak jumpa kalau semua orang berhibernasi di dalam bilik. Kena jadi initiator untuk ke bilik kawan- kawan yang lain untuk bertanya khabar. Tapi, kalau nak ke bilik kawan pun, kena cari timing yang sesuai. Bukan apa..Jika salah timing, silap- silap kita yang akan kena. Waktu exam period ni, semua orang stress. Jadi, sangat penting untuk bertanya khabar supaya hilang sikit stress untuk exam tue.

Untuk semester ini, aku ada 4 exam besar: Czech languange, Propaedeutics in Surgery, Pathophysiology dan Pathology. First time ada 4 exam dalam satu semester. Sebelum ni, maximum cuma 2 exam. Sebab tue pentingnya management untuk ambil exam tue supaya lebih tersusun urusan. Lagipun, berdisipin dan tersusun urusan adalah salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyyah. Alhamdulillah Czech dan Surgery dah diselesaikan sebelum tamat kelas. Aku ambil pre- term supaya aku dapat focuskan kepada 2 subjects lagi. InsyaAllah, aku akan cuba selesaikan kedua- dua subject nie dalam bulan Jun. Saat ini, sedang berusaha untuk menghabiskan soalan final exam. Semoga dipermudahkan segala urusan. Kadang- kadang aku takut kesibukan aku untuk exam akan menjauhkan aku dari tarbiyyah. Minta dijauhkan daripada semua tue. Aku tak mahu menjadi orang yang tak bersyukur. Lagipun, segala rezeki dan urusan semuanya dah ditentukan oleh Allah. Jadi, kebergantungan kepada Allah itu bagi aku sangat penting. Bukan sahaja saat kita susah, tetapi juga saat kita senang. Senang cerita, setiap masa.

Mengikut perancangan, sebaik sahaja selesai exam, aku akan uruskan visa yang akan expired pada bulan September. Bila dah selesai urusan visa, barulah aku akan pulang ke Malaysia. Tak sabar rasanya untuk balik ke Malaysia memandangkan inilah kali pertama aku akan menjejakkan kaki ke rumah baru. Semoga ia menjadi motivatorku untuk study.
Jadi, sekarang dah tiba masanya untuk focus pada study. 2 more exams to go. Doa + Usaha + Tawakal.....

3 comments:

  1. good luck akak ?? ..daffodilsorienta.. hehe.. semoga Allah mempermudahkan urusan hambaNya.. saya doakan akak berjaya.. aminn.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks...all da best jugak untuk awak..
    kalau nak tahu lebih lanjut pasal life student malaysia di prague, awak boleh google nama czemsa praha. ada website die tapi x ingat nama. czemsa nie adalah salah satu student organization kat sini. Bleh la tgk gambar2 kat situ. Fb czemsa praha pun ade..Byk masa free nie boleh la survey2 pasal prague or czech...

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)