topbella

Sunday 20 February 2011

Life as a first year medic student...


Wah...part nie la yg paling susah nak cerita..ada banyak benda yang berlaku sepanjang aku menjadi pelajar first year kat charles university nie. Kata orang, medic tue bukanlah satu subject yg mudah. Kalau setakat genius atau intellectual, masih tak cukup lagi untuk ambil subject medic. Sebab medic juga memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Kesabaran untuk terus berada di hadapan buku- buku yang berinci tebalnya. Kesungguhan untuk belajar meskipun kadangkala gagal di pertengahan jalan. Kerana guru yang paling terbaik adalah pengalaman. Pengalaman itu sendiri yg akan mendidik kita untuk menjadi insan yang macam mana.
Kalau di Prague, first year adalah tahun yang paling hectic rasanya. Sebabnya every week boleh dikatakan ada saja test yang menanti. Selalunya test Anatomy la.. Untuk histology pulak, testnya kadang- kadang saja. Bergantung kepada prof yang mengajar kelas tue. Kiranya, first year nie penentu la jugak sama ada seseorang tue mampu bertahan dengan medic atau pun tak. Kalau masa first year pun dh tension sangat2, nanti bila tahun- tahun yg seterusnya takut tak tertanggung lagi tension2 yg semakin banyak tue. Memang first year agak hectic, sampaikan ada orang rasa yang first year nie tak ada life langsung. Tapi, sebagai first year, ini adalah transition untuk kita untuk masuk ke dunia universiti. Bukan senang nak tinggalkan alam sekolah mahupun kolej. Kat universiti, semua benda kita kena buat sendiri. Bukannya mengharap kepada apa yang prof ajarkan semata- mata. Kena cari inisiatif untuk belajar sendiri.
Setidak- tidaknya, bila ada test every week, kita akan terpush atau termotivate untuk belajar. Untuk berusaha...Di sini, istilah gagal tu dh biasa didengar. Yang penting, bukan gagal tue sendiri tapi yang penting adalah keupayaan untuk bangun kembali setelah gagal. Sebab di sini, exam adalah dalam bentuk oral. Kita akan cabut beberapa soalan. Kemudian, diberi masa untuk prepare jawapan. Seterusnya dibentangkan kepada prof yang menjadi examiner. Walaupun soalan telah dicabut, tapi prof tue boleh saja tanya benda yang diluar soalan. Pendek kata, semua benda kita kena tahu. Rasanya itu lebih bagus berbanding soalan multiple choices yang kita boleh teka jawapannya. Kalau system di sini, kalau tak baca memang takkan dapat jawab soalan tue. Tapi, university tak la terlampau kejam. Pelajar diberi 3 peluang untuk exam. Kalau gagal, kena kumpul kekuatan semula untuk ambil exam tue lagi. Melainkanlah kalau dah tiga kali gagal, pelajar terpaksa repeat year semula.
Perkara nie bukan untuk menakutkan mana- mana pelajar. Tetapi untuk mengingatkan pelajar supaya tak leka. Supaya terasa ada amanah dan tanggungjawab yang dibawa. Sudah 5 batches ada di sini. Alhamdulillah kebanyakannya mampu untuk mengharungi pengajian di sini. Jadinya tak mustahil kepada sesiapapun untuk berjaya di sini.
Lagi satu, orang selalu ingat yang pelajar2 yg dihantar ke Czech Republic, result examnya tak mantap. Bagi aku sendiri, itu satu statement yg salah. Memang university2 di Ireland dan UK ada requirements yg tersendiri. Mostly, nak result exam yang mantap2. Dan saki baki dihantar ke Czech. Itu memang salah. Sebab, system belajar di sini bukan lagi melihat kepada result exam pelajar tue yang lepas. Bagi aku, orang sendiri kata yang belajar medic di Czech itu susah. Dan semestinya pelajar yang dihantar ke Czech sebenarnya bukan calang- calang orang. Kepada sesiapa yang dihantar ke Czech, ingatlah bahawa diri anda sangat special berbanding orang lain. Biar la orang tak tahu kat mana tue Czech. Tapi, yang penting adalah kualiti belajar itu sendiri.

7 comments:

  1. hehe.. betul2.. ramai gak tanya saya dpt mana, then saya cakap RC, mimik muka mereka saya dapat baca.. 'macam errk, ok fine RC ek? oo..' camtu la.. tp an, saya tak kisah, yang penting dapat fly ke sana dan buat sehabis baik.. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Tue la..ramai org yang tak tahu psl Czech. ade yang anggap czech nie tak selamat sedangkan kalo ikut analysis yang dibuat, Czech adalah negara ke- 5 yang aman di dunia. Tak pasti btol ke tak analysis tue. Tapi kat sini kitorg memang xde sebarang masalah dengan orang Czech. Bagus bila dengar psl semangat tue..Teruskan usaha okey..Nak jadi doktor, tak kisah la study kat mana pun, yang penting ilmu yang diperolehi...

    ReplyDelete
  3. bdk2 medic time form4, 5 mesti bio diorang 90 and above kan?

    ReplyDelete
  4. bio tue mmg penting utk amek medic tp x semestinya kena dapat 90 kan..mungkin masa di form 4, 5 org tu still dpt A walaupun bukan 90%..tp memandangkan skrg nie makin ramai yang dpt straight A utk bio, mmg persaingan sgt sengit la kan..ilmu tu penting tp untuk amek medic, bukan setakat bio 90 tue penentunya..yang penting minat, usaha, rajin dan tak mudah putus asa sbb org kata walau sepandai mana pun org tu, tp kalau dia tak sanggup nak duduk berjam2 depan buku yang tebal2 tu, mmg susah la nak survive sebagai medic student..tp x tau la sejauh mana betulnya benda nie kan...

    ReplyDelete
  5. Dah banyak kali saya ambil imput dari blog awak untuk tesis
    saya ... rasanya kurang sopan kalau x minta
    izinkan ? maaf kerana baru nak minta izin .. anyway .
    . tahniah .. idea awak memang terbaik :)

    Look at my webpage ... Jawatan Kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. thesis??apalah sangat info yg ada dlm blog saya ni. Tapi, jika ia bermanfaat, tak ada salahnya untuk dikongsikan..Jika ada apa2 lagi yg nak tahu, boleh je tanya saya..Semoga tulisan dlm blog ni sedikit sebanyak dpt membantu =)

      Delete

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)