topbella

Saturday 12 February 2011

Dari Asia ke Eropah


Tanggal 21 September 2008, aku meninggalkan bumi Malaysia untuk menyambung pelajaran ke sebuah negara yang aku sendiri tidak pernah bayangkan bagaimana keadaan di sana. Meskipun saat itu telah lama berlalu, namun ia masih kekal di ingatan. Aku dihantar oleh keluarga tercinta ke KLIA. Itulah kali pertama aku akan meninggalkan keluarga dalam tempoh yang lama. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa beratnya hati ini untuk meninggalkan keluarga. Tapi, demi satu tujuan iaitu MENIMBA ILMU PENGETAHUAN, aku gagahkan juga diri ini.

Perasaan ketika itu????
Sedih bercampur gembira, excited, curious dan macam-macam lagi memandangkan aku akan berada di sebuah negara yang asing. CZECH REPUBLIC. Itulah negara yang akan aku tujui. Dengan azam, untuk menimba ilmu perubatan. Akhirnya di bumi Prague, aku bermastautin untuk 6 tahun. InsyaAllah....

Kali pertama menaiki kapal terbang, bermacam-macam perasaan muncul. Takut apabila terbayangkan kapal terbang yang terhempas. Dan macam-macam lagi. Perjalanan selama 12 jam. KLIA- Amsterdam- Prague sangat meletihkan. Ditambah pula, saat itu adalah bulan Ramadhan. Meninggalkan keluarga dalam bulan Ramadhan bererti aku akan menyambut Aidil Fitri di perantauan buat kali pertama tanpa keluarga di sisi. Itulah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Selama ini, aku hanya melihat di akhbar- akhbar salam perantauan daripada pelajar- pelajar di luar negara. Akhirnya, suatu ketika aku juga pernah muncul di ruangan tersebut.

Bumi Prague ketika pertama kali menjejakkan kaki...Aku disambut dengan cuaca yang sejuk. Menggigil seluruh badan kerana pakaian yang agak nipis. Cuma blezer sahaja. Ketika kami sampai, ia adalah musim luruh. Tapi sudah hampir ke musim sejuk kerana cuacanya yang agak sejuk itu. First impression terhadap bumi Prague: bandar yang maju, membangun, cantik di kala musim luruh, dan efficient. Itulah saat pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Prague, Czech Republic.

2 comments:

  1. ada simpan tak pic tu? nk tengok juga.. hehe

    ReplyDelete
  2. Ade..tapi sorry la sebab akak tak publish personal photo kat sini..InsyaAllah, nnt awak akan rasa pengalaman tue..Be prepared okey...Letak sweater kat hand luggage supaya senang nak cari bila diperlukan..=)

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)