topbella

Wednesday 2 March 2011

End of the semester...


Biasanya, penghujung semester adalah masa yg paling ditunggu- tunggu.. Terutamanya penghujung summer semester. Bagi First Year, nie la first time nak balik malaysia setelah lama berpisah dengan family. Seingat diri ini, first year sangatlah mencabar diri dan minda. Seperti yg dikatakan sebelum nie.

Life as a first year student was very hectic. Full of tests. Challenge my mind and body. Only those who can survive the whole year can proceed to the following year. It kinds of crazy, right??? But, it is the only way for introduction and preparation. Because, in the following years, there are many challenging things waiting for you....

Walaupun tak sabar untuk jumpa dengan family, tetapi sebelum kegembiraan tu datang, sudah semestinya ada halangan yang mesti ditempuhi. Halangan utama sudah semestinya FINAL EXAMS. Bila sebut saja pasal final exam, semua orang jadi takut untuk sampai ke penghujung semester. Bagi yang dah prepare untuk exam tu, mestilah kurang sikit rasa takut tu. Tapi, bagi yang belum prepare sepenuhnya (jenis yang study last minute), mestilah mengelabah tengok kawan- kawan dah prepare kan... Apa- apa pun, semua tu belum terlambat lagi.
Untuk summer semester, ada 2 exams besar yang kena diambil. ANATOMY & HISTOLOGY. Selain tue, ada jugak exam Latin. Berdasarkan pengalaman, diri ini mengambil exam Histology dulu. Memandangkan preparation untuk exam histology lagi banyak daripada exam anatomy. Disebabkan tarikh exam kita akan pilih sendiri, itu bergantung kepada management kita. Tapi, kena la ingat yang tarikh-tarikh exam tue seboleh- bolehnya mestilah dicukupkan 3 peluang. Bak kata orang, "prevention is better than cure". Alhamdulillah, untuk first attempt histology diri ini dipermudahkan oleh Allah swt. Meskipun, pada awalnya agak nervous sebab dapat Prof yg sangat ditakuti oleh student. Tapi, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Seterusnya, selesai sahaja exam histology, preparation untuk exam anatomy perlu dibuat pulak. Kalau tak salah, diri ini mengambil gap 2-3 minggu untuk exam seterusnya. Tapi, masalah yang timbul adalah cuma ada 2 attempts sahaja yang tinggal sebab sudah kehabisan tarikh exam. Sama la macam kita nak beli tiket wayang. Kalo dah habis tempat, tak boleh la nak tengok wayang time yang kita nak tue. Alhamdulillah.... attempt yang pertama, diri ini dipermudahkan jugak oleh-Nya. Maka, berakhirlah sudah hidup ini sebagai First Year.

Sebaik sahaja habis exam, dah tentu tak sabar nak balik Malaysia kan...Perkara pertama yang kena buat, sudah semestinya kena beli souvenir dari Prague. Untuk family members, kawan- kawan...Memang banyak la jugak barang yang perlu dibeli. Bila dah balik rumah, terus booked ticket flight balik Malaysia. Memang la beli on the spot mahal. Tapi, apa boleh buat memandangkan nasib setiap pelajar untuk exam hanya dapat diketahui pada masa exam tue jugak. Either pass or fail.

No comments:

Post a Comment

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)