topbella

Friday, 25 March 2011

Life as a 2nd year medic student


Hampir sebulan cuti kat Malaysia, cepat betul masa berlalu & kena balik ke Prague semula. Rasa tak puas lagi bercuti. Tp semester baru dah start dan kena duduk depan buku balik. Nasib baik masa balik cuti first year, berpeluang nak sambut raya dengan family. Best sgt dpt beraya dengan family. Pastu, dapat jumpa kawan- kawan lama yg dapat bercuti kat Malaysia jugak.
Bila balik je Prague, dah kena register masuk 2nd year. Berdebar- debar jugak rasenye bila nak masuk 2nd year. Ade org ckp, 2nd year tak sebusy 1st year yg ade test every weeks. Tapi, orang kata 2nd year nie penentu sama ada orang tue boleh survive kat dalam dunia medic atau tak. Killer subject untuk 2nd year pulak adalah physiology.
Memang betul bila masuk 2nd year, perubahan tahap kesibukan tue memang terasa. Kalau dulu, every week akan ada test, tapi untuk biochem cuma 2 minggu sekali ade test. Untuk physiology plak, sebulan sekali test. Memang terasa relax la jugak. Tapi, kat situ la silapnya bila dah terlampau relax sampaikan bila dah hujung semester, baru kelam kabut nak cover semua benda untuk exam.
Masuk 2nd year jugak, dah start jumpa patient dalam Medical czech class. Mula- mula tue memang tak faham jugak la apa yg patients tue cakap. Tapi, bila dah sampai hujung semester, alhamdulillah dah dpt tangkap sikit- sikit perkataan czech yang penting. Cuma, tak la fluent sangatkan...
Untuk kelas biochem, lab die sangat menarik. Macam- macam experiment yg tak pernah buat sebelum nie, dapat peluang untuk buat dalam kelas biochem. Paling tak boleh lupa, bila assistant yg mengajar tue ajar macam mana nak buat DNA electrophoresis, dan PCR. Memang susah nak buat especially bahagian electrophoresis tue sebab perlukan ketelitian dan kesabaran. Tapi, peluang yg dapat masa kelas biochem nie memang tak boleh nak dilupakan.
Secara keseluruhannya, 2nd year memang tak sehectic 1st year. Tapi, subject yg diajar dalam 2nd year jauh lebih berat daripada dalam 1st year. Kesedaran tue datang hanya bila dah masuk summer semester. Dan akibatnya, memang kena tanggung sendiri. Nak tahu apa akibatnya??? Tunggu......

4 comments:

  1. RC ada bahasanya sendiri kan? sbb saya confius bila kawan saya kata RC guna bahasa english sebagai bahasa pengantar..

    ReplyDelete
  2. Czech memang ade bahasa die sendiri. Nanti kat sini, international student akan study czech languange selama 3 tahun. InsyaAllah, menarik je bahasa dia. At least tambah lagi satu bahasa yang dikuasai walaupun tak totally master in it. Sebab kat Prague ramai tourist, org kat sini ramai yang boleh cakap English. Study pun in English. Cuma ade certain orang diorg prefer cakap czech drpd English. So, kita la yang kena cakap Czech kalau nak bercakap.

    ReplyDelete
  3. oo.. lamanya.. btw.. baru jelas pasal ni.. owh ya, 1 lagi.. masa persediaan,belajar x bahasa Czech ni? akak persediaan berapa tahun dulu? kat mana?

    ReplyDelete
  4. masa persediaan, mmg x belajar bahasa czech lagi. Bila dah sampai sini, baru start belajar sbb czech salah satu subject yang wajib diambil. Akak dulu buat persediaan di KMB 2 tahun.

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)