topbella

Thursday 13 April 2017

Journey as a HO: Medical Dept


Posting pertama: 💞MEDICAL DEPARTMENT💞

Selesai program orientasi selama seminggu di hospital, aku ditempatkan di Jabatan Perubatan. Bukan pilihan aku tetapi aku redha. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Aku masih ingat, hari pertama di wad sebagai tagger, aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Hari pertama jugalah aku melompat naik ke atas katil apabila seorang pesakit di cubicle chonic collapsed dan perlu di CPR. Sudah semestinya menjadi hari pertama yang tak dapat aku lupakan.😱

Tagging selama seminggu memang memenatkan. Masuk bekerja sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah apabila matahari sudah terbenam. Dalam tempoh seminggu tagging, banyak perkara yang perlu dipelajari. Sebagai lepasan siswazah luar negara, system di Malaysia terasa sangat asing sekali. Aku mengambil masa hampir sebulan untuk menyesuaikan diri dengan system di Malaysia.  Bermula daripada jadual, tugasan HO, belajar mengambil darah, clerking dan review. Mungkin dalam tempoh itulah ramai HO yang mengalami depression dan burn-out syndrome. Alhamdulillah, walaupun ada ketikanya aku rasa tertekan, tetapi aku masih mampu bertahan.

Di Jabatan Perubatan, aku datang seawal 5.30 pagi kerana terlalu ramai pesakit yang perlu direview. Mungkin aku sedikit lambat dalam mereview pesakt, jadi aku bertekad untuk datang seawal yang mungkin agar aku dapat habiskan review sebelum MO dan Specialist round. Namun ada ketikanya, aku tidak sempat habiskan review dan kadangkala ada darah yang tidak sempat diambil.

Dimarah dan diherdik oleh MO adalah satu perkara biasa. Tipulah jika aku katakan bahawa aku tidak pernah menitiskan air mata ketika menjadi seorang HO. Pernah sekali, aku dimarah bukan atas kesalahan diriku. Mungkin kerana terlalu pernah, aku menitiskan air mata di hadapan MO tersebut. Dia seakan akan serba salah dengan apa yang berlaku. Lalu dia memanggil aku ke dalam bilik dan bertanya apa yang berlaku. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini aku berkawan baik dengannya.

 Oncall sudah semestinya sangat mencabar. Ada ketikanya langsung tidak dapat melelapkan mata. Admission daripada kecemasan masuk tanpa henti dan perlu diclerk. Bila pesakit collapsed, perlu diCPR, cuma beberapa orang HO sahaja yang ada. Ia amat memenatkan. Ditambah pula bekerja dengan rakan-rakan yang suka 'mengular' atau 'MIA-missing in action'. Namun semua itu adalah cabaran yang banyak mengajar aku tentang kehidupan sebagai seorang doktor pelatih.

Sepanjang aku di Jabatan Perubatan, banyak perkara yang aku pelajari. MO banyak mengajar aku tentang management setiap penyakit. Banyak prosedur yang dapat dilakukan. Aku menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan pesakit setelah 4 bulan berada di sana. Yang penting, perlulah bersabar dengan setiap ujian yang datang. Kerana manisnya pasti terasa apabila seorang pesakit yang dirawat, sembuh sepenuhnya dan ucapan "Terima Kasih Doktor" mampu menghilangkan setiap kepenatan yang dirasai.

💐Tip💐:

TAG: Gunakan masa tagging yang diberikan untuk belajar sebanyak yang mungkin. Mungkin ia memenatkan tetapi amat berguna ketika oncall nanti

STRESS: Perasaan tertekan dan ingin berhenti kerja pasti akan terlintas di fikiran apabila terlalu penat. Cuba channelkan stress tersebut dengan melakukan aktiviti yang diminati, bercerita kepada ahli keluarga atau beriadah. Jangan pendamkan di dalam hati kerana takut mengalami burn out syndrome.

OVERSEA: Bagi lepasan luar negara, ada sesetengah MO atau specialist akan pandang serong. Cuba tunjukkan kelebihan anda. Jawab semampu mungkin apabila ditanya.

✔Berbuat baiklah dengan staffnurse, PPK, MO mahupun specialist. Jangan pandang rendah kepada orang yang dibawah kita. Mereka sangat membantu di saat kita memerlukan.

✔Gunakan perkataan "tolong...,dan  "sorry..., dalam perbualan kita. Orang yang mendengar akan lebih terbuka berbanding apabila kita memberi arahan.

PRIORITY: Apabila ada patient collapse, tinggalkan apa yang kita tengah buat. Attend patient. Inform MO. Jangan biarkan MO sahaja di sana. Cuba berikan bantuan yang mereka perlukan. Mungkin ada MO yang tidak bersuara, tetapi kita perlu tahu tugas kita dan utamakan pesakit yang lebih tenat.

TIME MANAGEMENT: Kena pandai curi masa untuk makan dan solat. Inform kepada rakan- rakan atau staffnurse supaya mereka tahu dimana kita berada dan sekiranya ada kecemasan, mudah untuk mereka mencari.

JANGAN MENGULAR ATAU MIA🐍🐍!!!

Next post: Paediatric- lebih mencabar seperti roller coster🎢

2 comments:

  1. Thank you for this :) Will be waiting for the next posts :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ur welcome..sementara menunggu posting MO,saja nak share pengalaman😄

      Delete

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)