topbella

Sunday 9 April 2017

Journey as a HO

Alhamdulillah...
Akhirnya aku berjaya menamatkan perjalanan 2 tahun housemanship, tempoh yang paling mendebarkan bagi kebanyakan HO aka doktor pelatih aka pegawai perubatan siswazah.

Dalam tempoh 2 tahun ini, pelbagai peristiwa pahit manis, jatuh bangun, menangis ketawa, cacian mahupun pujian. Namun semua itu adalah sebahagian daripada rencah kehidupan seorang HO.

Aku akan bercerita serba sedikit pengalamanku di setiap jabatan. Semoga menjadi panduan kepada bakal doktor di luar sana.

Aku berjaya menamatkan pengajian pada pertengahan tahun 2014. Selesai majlis graduasi pada 2 Syawal, aku kembali ke Malaysia. Segala urusan surat menyurat berkaitan permohonan pekerjaan dan urusan dengan pihak penaja diuruskan sesegara mungkin. Borang permohonan dihantar. Sementara menunggu proses temuduga, aku melakukan kerja sambilan di butik sahabat baikku. Sekurang kurangnya dapat mengisi masa terluang dan menjadi sumber kewangan.

Aku dipanggil untuk proses temuduga pada November 2014 di MMC. Alhamdulillah, panel penemuduga sangat baik. Tidak bertanya banyak soalan. Sebaliknya memberi nasihat kepada kami sebelum memulakan kerjaya. Aku mendapat surat untuk menghadiri program transformasi minda (PTM) pada penghujung bulan Feb 2015. Bererti aku menunggu selama hampir 6 bulan untuk mula bekerja. Pada masa yang sama aku mendapat penempatan di Hospital daerah di Kedah.

Selesai berPTM bererti bermulalah kehidupanku di hospital. Minggu pertama di hospital, aku dan rakan- rakan diberi orientasi. Hampir kesemua daripada universiti luar negara. Maka pastilah menjadi cabaran untuk kami menyesuaikan diri dengan sistem hospital di Malaysia.
Kebetulan jabatan pertama aku ditempatkab adalah 🌸MEDICAL🌸...

Saya akan menceritakan pengalaman saya di jabatan medical pada entry berikutnya.

Tips:
✔ Bagi graduan luar negara, sebaiknya urusan surat menyurat dan urusan dengan pihak penaja diuruskan sebaik sahaja sampau di Malaysia supaya proses permohonan lebih cepat.
✔ Proses temuduga berbeza bergantung kepada penemuduga. Gunakan masa terluang yang ada untuk membaca basic clinical, system perubatan di Malaysia, visi KKM, patient safety, isu kesihatan terkini.
✔ Sementara menunggu proses temuduga dan panggilan ke PTM, gunakan masa tersebut dengan sebaiknya. (bercuti bersama keluarga, kerja sambilan, majlis kahwin😉). Bila dah start kerja memang susah untuk bercuti.
✔ Jangan nervous. Transition antara medical student dan HO tidak dapat dielakkan. Jika anda mampu mengharungi dan menamatkan medical school selama 5 atau 6 thn, bererti anda juga mampu mengharungi housemanship..fighting💪

1 comment:

  1. Bagaimana mendapatkan buku isteriku seorang doktor?Di mana ada jual

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)