topbella

Sunday 23 July 2017

💞My Other Half💞

Jodoh itu rahsia Allah yang tiada seorang hambaNya pun tahu siapa, di mana, dan bila ia akan datang. Setiap masa dan ketika, aku sentiasa diajukan soalan berkaitan jodoh daripada orang- orang sekelilingku.

"Amboi doktor..bukan main seronok lagi dia main dengan baby. Bila nak ada sorang?"
Aku hanya mampu berseloroh. "Calon suami pun takde lagi kak."

Bila aku berada di posting anesth, aku sangat rapat dengan kakak- kakak staff nurse di icu. Mereka sentiasa memberi semangat kepadaku. Dalam kata- kata nasihat mereka, pasti akan terselit nasihat berkaitan jodoh.
"Doktor nanti dapat Perak, mungkin jodoh doktor di Perak kot. Takpela doktor. Nanti jodoh doktor mesti sampai jugak. Kak sentiasa doakan doktor bertemu dengan insan yang terbaik."
Kadangkala mereka cuba mengusikku dengan mana-mana doktor lelaki yang masih single.😅
Namun, mungkin jodoh yang ditakdirkan untukku bukan berada di hospital sebaliknya di tempat lain. 

Sehingga aku tamat housemanship, aku masih lagi dalam usaha mencari 'my other half'. Setiap masa dan ketika aku tidak henti-henti berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik. Sehinggakan ada satu ketika, aku merasa hampir putus asa dengan perihal jodoh. Dan disaat itulah Allah hadirkan si dia dalam hidupku.

Bermula daripada sesi perkenalan sehinggalah ke saat ini dalam proses menyiapkan persiapan majlis, Allah telah mempermudahkan segalanya. Aku kagum dengan dirinya yang berani untuk berjumpa dengan keluargaku untuk menyatakan hasrat hatinya. Aku dapat melihat kesungguhannya untuk menghalalkan ku. Semoga si dia adalah jodoh terbaik untuk diriku.


💞To my other half💞,
Alhamdulillah...
Aku bersyukur kerana Allah temukan dirimu dengan diriku.
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku.
Terima kasih kerana menerima diriku dengan seadanya.
Terima kasih kerana dirimu tidak pernah jemu dengan kerenahku.
Terima kasih kerana dirimu berusaha sedaya mungkin untuk menghalalkanku.
Harapanku agar dirimu menjadi imam yang dapat membimbing aku.
Aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik untukmu.

2 comments:

  1. Lelaki misteri23 July 2017 at 08:22

    Harap sy la the other half tu..:)

    ReplyDelete
  2. InshaAllah..memang dah jumpa pun orangnya😄

    ReplyDelete

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)