
"Bismillahhirrahmanirrahim...Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Lancarkanlah diri ini untuk menyampaikan sedikit ilmu yang Engkau pinjamkan kepadaku. Semoga ia bermanfaat kepada semua..Amiin"
Ana di sini sudah mula mendengar- dengar perkhabaran bahawa akan ada adik- adik yang akan fly ke Czech. Itu memang tak dinafikan. Cuma siapa dan berapa orang, aku masih belum tahu memandangkan masih ada adik- adik yang menduduki final exam. Jadi, kepada sesiapa yang memilih czech sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran, Alhamdulillah....Kepada yang masih memilih dan czech adalah salah satu pilihannya, semoga blog ini dapat membantu anda membuat keputusan. InsyaAllah...
Apa yang akan aku ceritakan adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Ambillah ikhtibar mana yang elok dan yang tidak elok jadikanlah ia sebagai pengajaran. Aku bukanlah seorg yg perfect untuk menyampaikan hal ini. Cuma, terlintas di hati untuk menolong adik- adik semua setakat yang ana termampu.
Persediaan mental
Kolej persediaanku adalah salah sebuah kolej di Selangor dan aku mengambil IB bukannya A-level. Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar yang memilih negara untuk melanjutkan pelajaran akan memilih Ireland dan UK. Aku juga adalah salah seorg drpd mereka. Cerita- cerita yang didengar berkenaan dua negara ini menjadikan ia sebuah negara impian semua orang. Tetapi sudah semestinya tempat untuk setiap negara adalah terhad. Nak dipendekkan cerita, aku gagal dalam interview ke salah sebuah negara tue. Masa tue aku merasa sgt sedih dan pilihan yang tinggal cumalah czech dan australia. Aku membuat keputusan untuk memilih czech berbanding Australia adalah kerana semester pertama bermula pada bulan Feb atau Mac tahun seterusnya. Jadi aku memilih czech dan keputusan itu dibuat dalam tempoh 24 jam memandangkan borang perlu dihantar segera untuk diproses. Saat itu, aku hanya mampu bertawakal. Alhamdulillah, aku mendapat tempat di Prague selepas selesai entrance exam dan interview. Jadi, aku hanya perlu fokuskan kepada final exam yang semakin dekat. Sebaik sahaja keputusan final keluar pada bulan Ogos(kalau aku tak salah), aku bersyukur sgt dgn keputusan yang diperolehi. Keputusan tue sebenarnya jauh lebih baik drpd yg aku sangkakan dan ia sebenarnya melayakkan aku untuk ke dua buah negara impianku sebelum ini. Tapi, sudah tertulis aku akan ke czech, tiada siapa pun dapat merubahnya meskipun keputusan yang aku perolehi boleh dikatakan cemerlang. Lebih menyedihkan apabila aku mendapat tahu hampir kesemua classmate aku akan ke salah sebuah negara tersebut dan aku akan dicampakkan ke czech. Aku berasa inferior ditambah lagi dengan kata- kata orang yang mengatakan czech tue tempat terakhir pilihan pelajar dan pelajar kurang cemerlang dihantar ke sini. Astagfirullah...Biarlah dengan kata- kata orang itu dan 3 tahun aku berada di sini, aku berani untuk menafikan kata- kata tersebut. Itu satu penyataan yang SALAH....
Adik- adik, jika anda terpilih untuk ke Czech terutamanya Prague, janganlah merasa inferior. Bersyukurlah kerana anda terpilih untuk ke sini. Sebenarnya anda adalah orang yang sangat SPECIAL untuk dipilih untuk berada di sini. Mungkin orang kampung yang bertanya kemana adik- adik akan fly tak tahu dimana czech sebenarnya. Bahkan ada yang salah sangka czech dengan chechnya. Sudah semestinya ia dua tempat yang berbeza. Disini sangat aman dan damai. Yakinkahlah kedua ibu bapa anda bahawa czech ini sebuah negara yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. Bukan sahaja ilmu perubatan, bahkan ilmu- ilmu lain. Ingat!!!! ANDA SPECIAL KERANA TERPILIH UNTUK KE SINI.
Study
Berkenaan study, adik- adik bolehlah baca di entryku yang pernah aku tulis sebelum ini. Tapi aku nak ingatkan bahawa untuk mempelajari bidang perubatan, tidak ada jalan mudah mahupun jalan singkat untuk berjaya. Perubatan satu bidang yang sangat mencabar. Kemana pun anda melangkah, ia bukanlah satu subject yang mudah. Tak kira anda belajar di czech, UK, Ireland, Australia, India, dll. Mungkin khabar angin yang anda dengar berkenaan study di Czech susah, adalah kerana exam yang dijalankan dalam bentuk lisan (orally). Tapi, sesusah manapun exam tersebut, ilmu yang dipelajari adalah sama. Untuk exam oral, aku tak nafikan ia agak susah. Persediaan perlu dibuat dengan sesempurna mungkin. Tak boleh nak baca apa yang kita rasa best je sbb tak tahu apa prof akan tanya. Tapi, advantagenya ialah anda akan menguasai ilmu tersebut secara menyeluruh. Ilmu tue dapat dikaitkan antar satu sama lain. Bahkan exam secara oral dapat tingkatkan self confidence untuk bercakap dengan orang. Berkenaan self confidence, aku sangat setuju 100% memandangkan aku sebelum nie seorg yang sangat pendiam, tidak banyak bercakap. Kalau nak bercakap dengan orang memang sangat nervous. Tapi, setelah melalui beberapa oral exam di sini, ana menjadi lebih yakin, tiada lagi rasa takut untuk bercakap dengan orang terutamanya orang asing. Lagipun, suatu masa nanti apabila kita menjadi doktor, kita akan berjumpa dengan ramai orang yang juga asing bagi kita. Sekurang- kurangnya ini adalah preparation awal ke arah kerjaya nanti. Yang paling penting, di sini anda akan merasakan kebergantungan nasib dan diri kepada Allah swt. Walau sebanyak mana pun anda baca, tapi jika tak disulami dengan doa dan tawakal, ia adalah sesuatu yang sangat merbahaya. Hanya Allah yang mampu menolong kita ketika di dalam dewan exam. Pelbagai cara akan ditolong oleh Allah, sama ada kita akan mendapat soalan yang mudah, prof tak bertanya banyak, tak perlu exam semua jawapan prof dah berpuas hati, Allah turunkan ilham di saat kita memerlukan. Hanya Allah yang memegang hati prof- prof tersebut. Ingat!!!oral exam melibatkan kita dengan human being yang sgt subjective berbanding menulis di atas kertas. Jadi berdoalah kepada pencipta manusia itu sendiri kerana Dia lebih mengetahui perihal diri manusia. Walau apa pun, usaha tak boleh diketepikan. Setiap usaha pasti akan digantikan dengan hasil yang memberangsangkan. Jangan pernah putus asa kepada Allah.
Untuk info- info lain (finance, life), aku akan updatekan di kemudian hari....InsyaAllah..
Semoga bermanfaat kepada semua


salam :) insya-Allah, esok saya ada intrvw ke czech, lusa nya pulak ada entrance exam. risau jugak dgn intrvw ni sbb sy pun macam akak, last minute punya decision utk ke czech. takde buat preparation apa2 pun lagi. :) ada rezeki, kita jumpa kat sana ye, insya-Allah
ReplyDeleteW'slm..insyaAllah akak doakan yang terbaik untuk amanina. Semoga kita berjumpa di sini..=)
ReplyDeleteKalau ada apa2 mslh, boleh la contact akak untuk tanya psl apa2 pun..InsyaAllah akak akan cuba membantu setakat yang akak termampu...
All da best sis!!!
assalamu'alaikum akak.. alhamdulilah, saya dapat tawaran ke RC under JPA,tp an saya takut sangat2 dengan exam tu.. :'(
ReplyDeleteperjalanan saya masih jauh sebenarnya :(
Alhamdulillah...nnt akan ke university mane?? Charles university in Prague or Hradec Kralove atau ke Palacky University?
ReplyDeleteJgn risau psl exam tue semua...Buat setakat yang termampu dan selebihnya serahkan kepada Allah swt. Jika dah sememangnya ditakdirkan ke Czech, bererti Allah tahu kemampuan anda untuk belajar di sini. Ingat....kalo orang lain mampu buat, kita juga mampu dan boleh buat...
if need anyting, just let me know..=)
mekaseh akak bagi kata2 semangat.. insyaAllah.. saya akan buat yang terbaik.. owh.. yang tu, JPA x tentukan lagi.. akak under JPA juga ke? ape yang kita kena buat untuk fly ke RC ni ye? bagaimana pula dengan cut-off points dia? cuak :'(
ReplyDeletesalam akak :D alhamdulillah, sy lepas interview and entrance exam utk ke hradec kralove. tapi, still blur nak pilih mana satu either yg czech ni or twinning program rcmp-vinayaka india. akak, nak fb boleh? senang nak tanya2 :D
ReplyDeletehehe. bila akak letak shortform HK, rasa macam nak pergi hongkong pulak. :D
ReplyDeleteinsya-Allah, Allah akan tolong sy decide yang terbaik. setakat ni, budak batch saya yg dapat ke sana ada dalam 8-9 orang. bila tanya antara satu sama lain, semua pun sama macam saya. tak leh nak decide lagi. mungkin sebab waktu tu still exam a-level kot.
oh ye, akak!!! sy dah habis a-level. hehe. saje nak share gembire
kat sini kalau sebut HK orang tau la itu Hradec Kralove. Akak selalu la jugak ke sana. Perjalanan dari prague ke HK cuma lebih kurang sejam setengah naik bas atau train.
ReplyDeletexpe..nnt bila dah buat decision, bagitau la ye..mane tau ade rezeki kita jumpa di czech nie.
by the way, tahniah dah habis a- level. Akak tau last paper awak 1 hb hari tue. Enjoy your holiday =)