topbella

Thursday 11 February 2010

Perubahan???

Kata orang "Setiap orang akan berubah dengan perubahan masa".
Tapi sedarkah kita perubahan yang bagaimanakah yang kita maksudkan??
Kebaikan vs keburukan...
Mana satu yang menjadi pilihan??
Atau kita berada di tengah-tengah?? Tanpa sebarang perubahan...
Tepuk dada tanyalah diri anda sendiri...
Mungkin agak susah untuk kita menilai perubahan pada diri sendiri, melainkan orang di sekeliling kita yang akan menyedari perubahan tersebut. Setelah hampir 22 tahun hidup di dunia ini, berbagai perubahan yang aku alami. Sama ada dalam sedar ataupun tidak. Seboleh- bolehnya aku ingin berubah kepada kebaikan. Tapi kadang kala sebaliknya yang berlaku. Perubahan ke arah kebaikan memerlukan keazaman yang kuat. Untuk melawan hawa nafsu & juga hasutan syaitan.

Dengan kemajuan yang ada sekarang, aku menjadi takut. Takut dengan perubahan. Apabila aku melihat kawan- kawanku yang dulunya ayu bertudung, kini sudah hilang keayuannya kerana hilangnya hijab yang menutup kepala. Dahulunya, berpakaian longgar dan tidak mengikut susuk tubuh badan, kini mula berani menonjolkan kecantikan pada diri yang sepatutnya dihadiahkan khas kepada suami tercinta. Dahulunya, pemalu dan menjaga batas pergaulan dengan lelaki, kini berani bergurau senda dan berpelukan dengan sesiapa pun. Dalam tempoh tak sampai 10 tahun, bermacam- macam perubahan yang aku lihat. Kebanyakannya buruk belaka. Aku menjadi takut untuk berubah. Adakah aku juga sudah berubah??? Tanpa aku sedari???

Tapi itulah hakikat yang perlu aku terima. Aku juga berubah. Dahulunya semasa di MRSM, aku seorang yang jarang bersembang dengan lelaki. Mungkin kawan sekelas aku juga jarang bersembang denganku melainkan atas sebab pelajaran. Apabila berada di kolej persediaan, aku mula rapat dengan lelaki bahkan aku antara perempuan kelasku yang paling rapat dengan budak lelaki kelasku. Aku sendiri pun tidak sedar bagaimana perubahan tersebut berlaku.

Alhamdulillah, apabila berada di universiti, aku kembali seperti di MRSM. Jarang bercakap dengan lelaki. Mungkin kerana adanya tarbiyah di sini yang membimbing aku. Alhamdulillah...

Dengan kedatangan bulan baru yang akan menggenapkan umurku kepada 22 tahun, aku berharap aku akan berubah kepada kebaikan. Kadang- kadang aku cemburu melihat orang lain terlampau baik, dan aku tidak seperti mereka. Aku ingin menjadi seperti mereka. Setidak- tidaknya baik di mata Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)