topbella

Sunday 21 February 2010

New Semester...New Start...

Setelah hampir 2 minggu berehat selepas tamat peperiksaan, esok perjuangan harus diteruskan. Setelah berseronok menonton movies dan drama- drama korea or taiwan, kini tiba masanya untuk kembali menelaah buku- buku pelajaran. Setelah berseronok bermain salji dan berski, kini sudah tiba masanya untuk menumpukan perhatian dlm pelajaran.
Semester ini menjanjikan sesuatu yg lebih mencabar. Schedule belajar sangat pack dengan pertambahan subject baru: microbiology. Study about microbes which cause many diseases. Bunyinya sangat menarik dan segala- galanya akan bermula pada esok hari.

Segala persediaan telah disiapkan. Dengan harapan, semester baru ini dpt dimulakan dengan penuh semangat dan semoga segala niat dan tujuan akan tercapai. Study management dilakukan dan semoga aku dapat mengikut seperti yang dirancangkan. InsyaAllah...

Semester ini, aku berazam untuk memulakan persediaan peperiksaan dengan lebih awal. Memandangkan peperiksaan akhir adalah physiology dan biochemistry, aku akan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Niatku cuma satu: aku ingin berusaha supaya suatu masa nanti aku akan menjadi seorang doktor yang terbaik dan bukan belajar semata- mata untuk peperiksaan.

Tak lupa juga, semester ini, aku ingin seimbangkan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ilmu perubatan dan ilmu agama. Belajar kedua- dua ilmu dan semoga dengan izinNya aku dapat mengamplikasikan ilmu tersebut apabila berjaya menjadi doktor kelak. Seperti kisah Ghulam yang mempelajari ilmu sihir dan juga ilmu agama dan menggunakan kedua- dua ilmu tersebut dengan membandingkannya.

Semoga, segala- galanya akan berjalan dengan lancar dengan izin Allah swt. Aku ingin berubah menjadi yang terbaik. Berusaha untuk meninggalkan perkara- perkara yang melalaikan dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Semoga aku dapat seimbangkan kedua-duanya.
Aku ingin belajar kerana Allah Taala. Kata orang, bagaimana nak belajar kerana Allah???? Bagiku, belajar kerana Allah apabila setiap perkara yang kita lakukan sebelum memulakan pelajaran dimulakan dengan nama Allah. Seterusnya, kita mestilah berniat semoga dengan ilmu Allah yang dipelajari itu dapat mendekatkan kita kepadaNya. Terutamanya, bidang perubatan yang sememangnya satu bidang yang sangat sesuai untuk kita melihat dan mentafsir kekuasaan Allah atas ciptaanNya. Manusia yg sangat complex boleh mendekatkan kita kepada Allah sekiranya kita benar- benar mengkajinya. InsyaAllah...
Seterusnya, ilmu yang dipelajari itu adalah ilmu Allah dan semoga dengan penguasaan ilmu tersebut, kita dapat menolong sesama insan yang memerlukan...Sekiranya kita menolong orang, sudah tentu Allah akan mempermudahkan urusan kita dalam banyak perkara. Yang penting, kita haruslah sentiasa ingat dan berdoa kepadaNya kerana Allah sukakan orang yang sentiasa mengingatiNya.

No comments:

Post a Comment

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)