topbella

Tuesday 9 February 2010

Apabila Orang Bertanya....

Semasa di sekolah rendah, aku cuma bercita- cita untuk menjadi seorang inspektor polis. mungkin pada masa tue, di Tv byk cerita- cerita investigation yang aku minat. antaranya Gerak Khas, ala- ala CSI..

Apabila result UPSR keluar dan Alhamdulillah, dengan izinNya aku mendapat 5A & mendapat tawaran ke MRSM. Pada masa tue, cita- cita aku mula berubah untuk menjadi seorang doktor. Belajar di sekolah sains, mempelajari subjek sains menyebabkan aku mula meminati bidang- bidang sains. Aku mula tinggal berjauhan dengan keluarga. Mula- mula belajar di Kedah, kemudian Perak, kemudian Selangor dan sekarang berada jauh di Benua Eropah. Bila dilihat dari sequence perjalanan hidupku, aku semakin berada jauh dari keluarga (secara fizikal shj) ttp hakikatnya mereka berada dekat denganku!!!

Dulu, aku takut untuk tinggalkan keluargaku. Walaupun dengan niat untuk menimba ilmu. Aku takut untuk kehilangan mereka. Tetapi semua yg aku lakukan skrg nie adalah pilihanku sendiri ditambah dengan sokongan daripada ahli keluarga.
Apabila dah menjadi pelajar perubatan, aku mula berfikiran matang dan lebih terbuka. Perubatan bukanlah satu subject yang mudah. Bagi aku, ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Minat yang mendalam sgt penting. Bukan minat kepada perubatan itu saja, tetapi minat kepada subjects dalam perubatan itu sendiri. Antaranya Anatomy, Histology, Genetics, Physiology, Biochemistry, Pathology, Pharmacology dll..

Bila pulang ke kampung, soalan yg sampai ke gegendang telinga aku antaranya "macam mana belajaq kat sana? seronok dak?? mesti seronok buleh main salji, jalan- jalan kat negara orang.."

Jawapan yang selalu aku berikan ialah "seronok tu seronok la tapi p sana bukan nak seronok- seronok pun. tp nak belajaq."


Setakat nak main salji, mula mula tue mmg excited sbb x pernah nmpk salji tp lama- lama dh macam biasa dah. kalau suhu sejuk mencecah -15 degree celcius, itu sebenarnya bukan satu perkara yang seronok. Masa tue, dalam fikiran baru terfikir betapa beruntungnya tinggal kat malaysia. Bila suhu terlampau sejuk, kulit pulak mula kering dan gatal. Bila keluar, jari kaki dan tangan mula kebas sampaikan tak terasa apa yang kita pegang. Kalau tgk dlm movie, macam best saja orang2 tue tinggal kat tempat bersalji. Bila bercakap, keluar asap melalui mulut. Tapi hakikatnya, seronok tak sebanyak kesusahan yang dialami semasa musim sejuk.

Sebab itulah, aku ke sini, bukan untuk bersuka ria. Tapi untuk menuntut ilmu. Masa untuk berseronok tetap ada cuma perlu dihadkan supaya masa belajar lebih diutamakan. Lagipun, tinggal kat sini, kita guna duit rakyat. Bukan duit sendiri. Sebab itulah aku sentiasa berfikir amanah yang diberikan kepadaku.

Suatu masa nanti pasati akan ditanya tentang amanah tersebut!!!!Jawapannya?????

No comments:

Post a Comment

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)