topbella

Sunday 14 November 2010

Aku adalah aku


Setelah sekian lama aku tidak menulis di blog ni. Ia ditinggalkan buat seketika atas kesibukanku.
Kini, aku cuba menulis kembali. Berkongsi rasa hati dan naluri. Yang tidak dapat aku nyatakan kepada insan-insan lain.

Kini, AKU ADALAH AKU. Menjadi diri aku yang sebenar amatlah sukar. Ditambah dengan usaha aku untuk menutup rasa sedih di jiwa. Pasti ada insan yang akan menyedarinya. Itulah teman sejatiku. Walau ditutup dan dilindungi kesedihan di hati, pasti teman sejatiku dapat menyedarinya. Seakan- akan adanya sensor pada diriku. Apapun, aku bersyukur kerana dikurniakan insan sebaik ini untuk menjadi teman sejatiku.

Kesedihanku adalah atas kesilapanku sendiri. Kesilapan berkata- kata. Bak kata pepatah " Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya." Itulah akibat daripada lisan yang tidak dijaga. Akhirnya aku kehilangan insan yang aku sayang. Sesalan yang tak mungkin ada penghujungnya.Semoga menjadi pengajaran buatku.

"Wahai hati, raihlah kembali kekuatanmu. Lenyapkanlah kesedihan yang bersarang di dada. Pulihkan kembali motivasimu. Teruskanlah perjalananmu. Walau selebat manapun titisan hujan yang jatuh ke bumi, pasti suatu ketika nanti muncullah sang pelangi untuk menceriakanmu. Yakinlah wahai hati...Kekuatanmu memberi kekuatan kepada jiwa insan ini. Maka, bertahanlah wahai hati demi insan ini."

Kepada seorang insan yang aku sayang, aku harap aku salah dalam mentafsirmu. Aku masih belum dapat menerima kenyataan bahawa dirimu telah berubah. Sehinggakan aku sendiri tidak mengenali dirimu. Jika tafsiranku betul, aku doakan suatu hari nanti dirimu akan kembali kepada kebenaran. Seperti mana diriku diberi petunjuk olehNya, seperti itulah aku mengharapkan dirimu akan menerima petunjuk dariNya kerana aku menyayangi dirimu seperti aku menyayangi diriku sendiri. Melihat dirimu berubah, menjadikan diriku sangat sedih. Hanya dirimu sahaja yg mampu menukarkan kesedihan ini dengan kegembiraan..Sedarlah wahai insan yang aku sayangi.....

No comments:

Post a Comment

Thanks kerana sudi membaca dan memberi comment. Comment- comment anda sangat saya hargai =)